Harga makanan laut di pasaran pada ketika ini tidaklah semurah dahulu. Selain udang dan ikan, harga sotong juga meningkat secara mendadak atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
Walaupun ada segelintir pelanggan yang tidak berpuas hati akan hal itu, mereka terpaksa akur dan memahami sisi peniaga juga. Namun begitu, ada yang masih berasa ragu bila barangan yang dibeli mempunyai sesuatu yang tidak sepatutnya ada.
Di laman TikTok, seorang pengguna, iffaaisyamohdzin, memuat naik sebuah video dan berkongsi penemuaannya baru-baru ini.
Membeli beberapa ekor sotong untuk dimasak, wanita itu bagaimanapun berasa terkejut apabila menemui beberapa jenis ikan dalam perut sotong yang baru sahaja disiang. Pada mulanya dia cuba bersangka baik namun dia hairan bagaimana perkara itu boleh terjadi memandangkan ada beberapa ikan bersaiz besar, tak mampu dimakan oleh sotong tersebut.
@niaiffaaisya Sotong mengandung ikan 🤣 ikan tu boleh makan dop gais? #fyp
@iffaaisyamohdzinSotong mengandung ikan 🤣 ikan tu boleh makan dop gais? ##fyp♬ Love Nwantiti(Remix) – Ꮲ Ꭺ Ꮍ Ꮪ Ꭺ Ꮑ Ꮻ 👑
Melihat di ruangan komen, terdapat beberapa warganet berpendapat bahawa hal itu mungkin disebabkan oleh peniaga yang cuba menggunakan beberapa taktik untuk meningkatkan harga barangan yang dijual. Namun begitu, wanita itu berasakan perkara itu tidak masuk akal.
Namun ada juga yang berpendapat bahawa perkara yang terjadi itu adalah perkara semula jadi memandangkan ikan sudah menjadi makanan buat sotong.
Bila perkara sebegini terjadi, kita tidak seharusnya cepat bersangka buruk dan membuat andaian sendiri. Pasti ada penjelasan yang rasional atas perkara yang terjadi. Jika perlu menyiasat, seeloknya kita menemui peniaga dan berbincang secara elok.
Jika ia merupakan taktik kotor yang digunakan untuk sengaja menaikkan harga, semoga diberikan pencerahan suatu hari nanti dan kita semua dijauhkan dari peniaga sebegitu.
Kredit: TikTok iffaaisyamohdzin