Pasti ramai yang sudah mencuba aiskrim gabungan Walls dan Tealive atau lebih dikenali dengan #WallsBobalicious. Ramai peminat boba approve minuman kegemaran mereka dijadikan dalam bentuk aiskrim.
Terbaharu, Tealive mengejutkan lagi rakyat Malaysia dengan kolaborasi terbaharunya bersama Mamee. Jenama Mamee tidak asing lagi dalam kalangan netizen kerana ramai yang menggemari Mi segeranya.
Namun, bagaimana agaknya sambutan Mamee x Tealive kali ini? Cuba bayangkan rasa secawan Mi Segera Mamee digabungkan dengan milk tea Tealive. Boleh bayangkan bagaimana rasa antara dua gabungan ini?
Kolaborasi di antara dua jenama terkenal ini sangat lain dari lain. Mi segera klasik Mamee bersama milk tea sebagai supnya. Tidak dilupakan bahan wajib ada, boba!
Dengan gabungan ini, maka terhasil Spicy Mi Boba yang boleh dinikmati dengan 2 cara iaitu dimasak dengan air panas atau air sejuk.
Nak tahu macam mana rasa diantara dua gabungan ini? Jom la cuba sendiri nanti! Harganya hanya RM15.90 untuk 3 cawan dan RM109.90 untuk 24 cawan. Anda hanya boleh dapatkan eksklusif di laman web Tealive buat masa sekarang.
Kalau dah try nanti, jangan lupa komen ya?