Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Jualan Teh Ais Tak Laku, Akhirnya Spiderman Ini Cuba Cara Lain Pula Untuk Tarik Pelanggan

Jualan Teh Ais Tak Laku, Akhirnya Spiderman Ini Cuba Cara Lain Pula Untuk Tarik Pelanggan

Kategori:
spiderman cuba cara lain

Meniaga sekarang ini bukanlah hal yang mudah. Selain memerlukan kos, tenaga dan masa, para peniaga juga perlu kreatif dalam menarik minat pelanggan. Ini kerana terdapat pelbagai saingan. Walaupun hanya sekadar minuman biasa, jika mempunyai gimmick yang hebat, sudah tentu pelanggan akan datang tanpa henti.

Tidak digalakkan melakukan perkara biasa, para peniaga perlulah befikir di luar kotak dan sentiasa mencabar diri sendiri. Mungkin pada mulanya akan kelihatan pelik pada orang luar, namun belum cuba belum tahu. Apa jenis gimmick menjadi asalkan tidak menyalahi undang-undang.

Jualan Tak Laku, Spiderman Cuba Cara Lain Pula

Terbaru, seorang peniaga minuman teh ais botol berasa buntu apabila jualannya tidak menerima sambutan yang hangat dari orang ramai. Menjual dari sebuah van di tepi jalan raya, lelaki itu memiliki perniagaan teh ais avenger. Nama itu diberi mungkin kerana dirinya meniaga sambil memakai kostum adiwira Spiderman untuk menarik minat pelanggan. spiderman cuba cara lain

Namun memandangkan cuaca sedikit panas dan orang ramai tidak kelihatan, lelaki itu termenung seketika dan cuba memikirkan cara lain untuk menarik pembeli. Dari terus mengelamun di bawah khemah, dia terus tercetus idea untuk berdiri di atas bumbung van. spiderman cuba cara lain

Walaupun gimmick itu mungkin aneh, ia sudah mampu menarik minat pelanggan dan mengajak mereka membeli. Kalau nak meniaga ini perlu lah buang rasa malu, tak perlu segan, yang penting kena berani untuk mencuba sesuatu yang baharu. spiderman cuba cara lain

https://www.tiktok.com/@teh_ais_avengerk.l/video/7068181973054917915?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@teh_ais_avengerk.l idea atas bumbung itu benar #tasikpermaisuri #kualalumpur ♬ CINTA BAWA DUKA WILFEXBOR – 🌀WILFEXBOR🌀

Menjengah di ruangan komen video yang telah dikongsikan di laman TikTok, hal yang dilakukan oleh peniaga tersebut sudah tentunya pelik. Tapi orang ramai turut memuji inisiatifnya untuk berfikir di luar kotak dan mencuba sesuatu yang baharu untuk menarik minat pelanggan.

Terbaik La Cara Abang! spiderman cuba cara lain

Pada mulanya sudah tentu kita akan berasa segan dan tidak yakin untuk mencuba sesuatu yang baharu. Namun tindakan peniaga ini yang berani mencuba sesuatu yang baharu demi meneruskan usaha untuk mencari rezeki adalah sesuatu yang perlu dipuji. Kalau nak berjaya, tentunya kita perlu bersedia untuk menyahut segala cabaran.

Kredit: TikTok teh_ais_avengerk.l

Baca Juga: Wanita Bengang Peniaga Tak Beri Kuah Masa Order Roti Bom. Bila Repeat Order, Ini Pula Yang Dapat

tags: | |