Jika sebelum ini, ramai yang sudah mencuba resepi spaghetti goreng yang sesuai untuk tekak orang melayu. Kali ini, kami akan berkongsikan pula resepi spiral goreng ala tekak orang kampung yang dikongsikan oleh saudari Ita Gebu. Menurutnya, sudah banyak kali dibuat namun ahli keluarga tak pernah jemu. Memang sedap sangat la maksudnya. Jom cuba!
Spiral Goreng Ala Tekak Orang Kampung, Buat 100 Kali Pun Tak Jemu Makan. Mudah & Sedap!
Bahan-bahan:
- 1 paket spiral (rebus dan toskan)
- 1 biji bwang holland/bawang besar (potong dadu)
- Bawang putih 2/3 ulas (cincang)
- Isi daging/ayam
- Sosej, fish cake
- Cili benggala
- Sos cili
- Kicap pekat
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
- Tumis bawang besar dan bawang putih.
- Bila dah layu, masukkan isi daging atau ayam.
- Bila dah masak, masukkan sosej fish cake, cili benggala dan bahan-bahan yang anda mahu.
- Masukkan sos cili cap jagung (rasanya lebih pedas). Atau boleh guna sos cap apa pun. Letakkan mengikut tahap kepedasan yang diingini.
- Masukkan sedikit kicap pekat, garam dan gula mengikut tekak masing-masing.
- Akhir sekali, masukkan spiral atau apa jenis pasta yang sudah direbus. Gaul sebati dan biarkan sekejap.
- Siap!
Kredit: Ita Gebu