Setiap peniaga pastinya inginkan yang terbaik buat pelanggan mereka. Lebih-lebih lagi bagi peniaga kedai makan. Peniaga yang teliti ini pastinya akan menyediakan hidangan yang terbaik kepada pelanggan yang mengunjungi kedai makan.
Dari awal sampai akhir, dari sekecil-kecil perkara hinggakan sebesar-besar perkara, pasti akan dijaga sebaik mungkin. Peniaga yang teliti dan memikirkan pelanggan ini pasti menjaga semuanya, lebih-lebih lagi dari segi kebersihan makanan yang disediakan. Cuba sedaya upaya untuk menyediakan yang terbaik.
Hanya mahukan pelanggan berasa puas hati dengan servis yang disediakan. Jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini, pasti peniaga tersebut berasa sedih teramat sangat. Tidak kiralah sama ada dari diri sendiri mahupun dari pekerja.
Seperti mana yang dikongsikan oleh peniaga Char Kueh Teow menerusi aplikasi TikTok ini, dikenali dengan nama ezzuchang sempat meluahkan rasa sedih apabila udang untuk dimasak Char Kueh Teow sebanyak empat kilogram itu lunyai.
Menurutnya, udang tersebut masih lagi segar dan baru sahaja dibeli. Namun salah seorang pekerjanya telah menyiangnya dengan cara yang salah sehingga menyebabkan udang tersebut lunyai dan tidak kelihatan segar.
Ekoran itu dia berasa sedih dan down, sempat bertanya pendapat orang ramai, apakah patut dia membuang udang udang tersebut. Menurut Ezzu lagi, staff baru diambil kerja pada hari tersebut tersalah gunting udang berkenaan. Kesan guntingan udang tersebut terlalu dalam sehingga menyebabkan udang tersebut lunyai.
Ezzu yang hanya mahukan yang terbaik buat pelanggannya sempat memohon maaf kepada pelanggan andai tidak berpuas hati dengan udang yang disediakan pada hari tersebut.
Sempat menulis pada video berkenaan, Ezzu menyatakan, ” Aku nak yang terbaik untuk semua customer aku. Tapi bila jadi macam ni aku jadi down sangat. Kalau bagi customer aku risau ada yang tak puas hati. Kalau buang membazir pulak. Ini semua costing.”
@ezzuchang Patut ker aku buang 4kg Udang aku? Rasa down sangat 😭😭😭😭 #ezzuchang #oppazuzu #fyp #foryoupage #foryourpage #tiktokguru #chinesefood #funfair #funpark #chinesemuslim ♬ original sound – ezzuchang
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok. Ada yang komen, lagi suka makan macam tu sebab bersih, tahi udang dah buang. Lagi satu senang nak kopek sebab dah gunting. Turut mengucapkan terima kasih kepada pekerja berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang menulis, okey sahaja dan jangan risau. Kalau sudah rezeki, tidak akan ke mana.
Dalam masa yang sama ada juga yang memberi pendapat agar udang tersebut dibuat goreng tepung. Ada juga yang berseloroh, mungkin pekerja tersebut geram sebab lapar tengok udang tersebut.
Jika benar udang tersebut masih lagi segar, tidak mengapa. Jangan dibuang cuma maklumkan kepada pelanggan akan hal tersebut. Pasti ramai yang lebih menyukai udang yang disiang seperti itu, kerana lebih mudah untuk dimakan. Hanya kopek sedikit sahaja berbanding dengan udang yang tidak disiang.
Sumber: TikTok Ezzuchang