Semalam, 18 Mac 2020 merupakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Semua kedai telah diarahkan tutup dan hanya boleh dibeli secara bungkus.
Tempat mengopi kegemaran ramai juga tidak terkecuali perlu ditutup, tak lain tak bukan iaitu Starbucks.
Tapi jangan risau, anda masih boleh memesan minuman Starbucks melalui penghantaran, pandu lalu dan takeaway.
Dan mereka juga telah membuat promosi beli 1 percuma 1!
Foto: Grab Singapore (Official)
Walaupun tidak boleh lepak mengopi di Starbucks buat masa ni, tak bermakna tak boleh mengopi di rumah.
Order je untuk penghantaran atau boleh pandu lalu dan takeaway, balik minum di rumah.
Untuk penghantaran, boleh memesan memalui Grabfood dan Foodpanda!
https://www.facebook.com/StarbucksMalaysia/photos/a.387371350332/10163268413810333/?type=3
Walaupun tidak boleh minum dan mengopi di Starbucks, anda masih boleh menikmati nya secara penghantaran atau boleh pandu lalu dan takeaway.
Oleh sebab itu, Starbucks telah menawarkan beli 1 percuma 1 untuk menceriakan anda! Bermula 18 Mac sehingga 1 April 2020.
Tetapi hanya terhad kepada minuman terpilih. Jika anda membeli salah satu minuman di bawah, anda akan dapat 1 lagi minuman percuma.
Foto: @mhmmd_hzq_ (Instagram)
Starbucks juga telah menutup 70 outlet di Malaysia. Tekan disini untuk maklumat lanjut.