Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Stok Makan Yang Tahan Berbulan, Sambal Cili Kering Makan Dengan Nasi Panas Memang Menyelerakan

Wanita Ini Kongsi Stok Makan Yang Tahan Berbulan, Sambal Cili Kering Makan Dengan Nasi Panas Memang Menyelerakan

Kategori: ,
sambal cili kering

Tiba sahaja bulan Ramadan, kadang-kadang kita pening menu apa yang mahu dimasak ketika sahur. Sememangnya, ia mestilah menu yang cepat dimasak dan simple.

Maklumlah, bukan semua orang ada selera makan ketika sahur kan? Tetapi, demi mengejar keberkatan, kita mengerjakan sahur dan melawan kemalasan di pagi hari.

Jadi di sini, kami ingin kongsikan perkongsian stok menu sahur yang tahan berbulan dan memang menyelerakan untuk dimakan bersama nasi panas.

Jom ikuti perkongisan resipi sambal cili kering oleh Ai Haizar Abdul Jabar ini!

Wanita Ini Kongsi Stok Makan Yang Tahan Berbulan, Sambal Cili Kering Makan Dengan Nasi Panas Memang Menyelerakan

Bahan-Bahan:

  • cili kering
  • minyak
  • maggi cukup rasa
  • garam
  • ajinamoto
  • gula
  • bawang merah
  • tepung beras kering
  • ikan bilis

Cara Penyediaan:

  1. Cili kering dipotong serong, buang biji dan goreng dengan minyak. Biarkan sejuk, blend kering+megi cukup rasa+garam+aji & sedikit gula.
    Blend sampai jadi macam cili flakes.sambal cili kering
  2. Bawang merah hiris nipis, gaul dengan tepung beras kering lepastu goreng ikan bilis. Biarkan semua bahan sejuk.sambal cili kering
  3. Semua bahan dah sejuk, barulah campur dalam cili flakes dan gaul rata. sambal cili kering
  4. Siap sudah! Pedas, manis dan syoknya amat krup krap bila makan.
    sambal cili kering

Wah, simple dan mudah kan nak masak sambal cili kering ni. Bahan mudah dengan cara penyediaan yang simple! Bolehlah makan dengan nasi panas-panas. Hanya masak dan simpan dalam balang. Nanti sahur makan bersama nasi panas.

Semoga perkongsiaan sambal cili kering ini bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Ai Haiza Abdul Jabar

Baca juga: Resepi Ayam Pad Kra Pao Simple Tapi Sedap! Susah Nak Jumpa Rasa Yang Betul Sama Macam Thailand Punya, Ini Caranya!

tags: |