Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Harga Barang Makanan Meningkat, Ini Strategi Kurangkan Kos Sara Hidup Rakyat

Cik Daun by Cik Daun
November 8, 2022
in Berita
3 min read
0 0
0
kos sara hidup rakyat
0
SHARES
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak Januari 2022, peningkatan harga yang diukur berdasarkan pertumbuhan Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi makanan dan minuman mengatasi harga keseluruhan barangan dalam ekonomi.

BacaJuga

harga pisang goreng

“Saya Je Ke Terlalu Miskin?”, Pisang Goreng Kecil Tapi Harga Kayangan, Wanita Ini Kesal Harga Tak Berbaloi Dengan Saiz

Januari 25, 2023
56
harga barang keperluan

Peniaga Kieda Crepe Luah Harga Barang Keperluan Makin Mahal, Mohon Doa Agar Dirinya Murah Rezeki Supaya Harga Kieda Crepe Tak Meningkat

Januari 4, 2023
66

Merujuk portal akhbar Kosmo, data menunjukkan peningkatan harga makanan dan minuman pada Jun 2022 adalah yang tertinggi sejak 2015.

Peningkatan harga itu memberi kesan besar kepada isi rumah kerana mereka memperuntukkan sekitar 29.5 peratus daripada perbelanjaan mereka ke atas makanan dan minuman.

Ekoran Harga Barang Makanan Meningkat, Ini Strategi Kurangkan Kos Sara Hidup Rakyat

kos sara hidup rakyat

Isu peningkatan harga makanan yang melanda Malaysia pada ketika ini adalah isu global. Sebagai sebuah negara kecil yang terbuka dan berdagang, Malaysia tidak boleh mengelak daripada menerima kesan ke atas gelagat negara-negara yang menjadi pembekal utama bahan mentah sektor pertanian dan industri makanan.

Malaysia bergantung kepada import makanan dan bahan mentah seperti makanan ayam daripada negara luar. Negara-negara pengeksport ini telah mengalami gangguan pengeluaran akibat pandemik Covid-19, ketidaktentuan cuaca dan keadaan geopolitik.

Gangguan Cuaca, Keadaan Geopolitik & Pandemik Covid-19 Jadi Faktor Utama

kos sara hidup rakyat

India umpamanya telah mengehadkan eksport gandum kerana faktor cuaca yang mengehadkan pengeluaran. Peperangan Rusia-Ukraine juga memberi kesan langsung kepada negara-negara yang berdagang dengan Malaysia seperti Eropah.

Dengan keadaan tersebut, Malaysia juga akan terkesan secara tidak langsung.

Apakah kesan inflasi ini kepada rakyat? Selain daripada kuasa membeli rakyat semakin berkurangan akibat kenaikan tingkat pendapatan lebih rendah berbanding kenaikan harga barangan, tekanan kepada sekuriti makanan turut menjadi perkara yang perlu diberi perhatian.

Mengapa sekuriti makanan penting kepada rakyat? Sekuriti makanan bermaksud makanan yang dibekalkan dalam pasaran domestik mencukupi untuk keperluan rakyat, mudah diperolehi dan bekalan berterusan serta stabil.

Sekuriti Makanan Penting Pada Rakyat

 

Kerajaan telah menjalankan pelbagai strategi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat dan memastikan sekuriti makanan menjadi agenda utama menjaga kebajikan rakyat.

Secara spesifiknya, kerajaan telah merangka strategi jangka masa pendek, antaranya menyediakan pemberian subsidi langsung kepada pengeluar bagi menstabilkan harga makanan di pasaran serta mengimbangi kos pengeluaran makanan.

Sebagai contoh, harga ayam runcit di pasaran adalah pada RM9.40 sekilogram, manakala harga minyak masak (botol) runcit pula pada RM7.10 sekilogram.

Kerajaan juga masih memberi subsidi bahan api bagi mengawal inflasi makanan dan barangan lain dalam ekonomi. Perkara ini susulan daripada timbulnya trend peningkatan harga minyak mentah yang meningkat daripada AS$84.1 setong pada Januari 2022 hingga mencecah AS$114.7 setong pada Jun 2022.

Rangka Strategi Jangka Pendek, Pemberian Subsidi Langsung

kos sara hidup rakyat

Perkara ini turut menyumbang kepada perbelanjaan subsidi terbesar dalam sejarah iaitu jangkaan subsidi hampir sebanyak RM80 bilion bagi tahun 2022.

Jika subsidi bahan api dikurangkan, ia akan meningkatkan harga bahan api, sekali gus memberi impak berganda kepada inflasi makanan dan keseluruhan barangan.

Malaysia juga dilihat bakal bekerjasama dengan kerajaan Turkiye dalam memperkasakan sekuriti makanan.

Perjumpaan Perdana Menteri bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah mencapai kata sepakat bagi memastikan rantaian bekalan makanan sentiasa mencukupi dan stabil.

Malaysia juga akan bekerjasama dengan Turkiye untuk memperkukuhkan beberapa aspek sokongan dalam sektor makanan.

Setelah sekian lama diperjuangkan pakar, akhirnya strategi mengubah struktur pengeluaran sektor pertanian dan makanan telah diambil kira oleh kerajaan.

Adakan Kerjasama Dengan Turkiye, Kukuhkan Pengeluaran Sektor Makanan

Strategi ini bersifat jangka panjang kerana ia memakan masa lebih lama untuk melihat keberkesanannya tentang strategi kurangkan kos sara hidup rakyat

Merujuk kepada dokumen Rancangan Malaysia Ke-12, kerajaan telah mengusulkan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (DSMN) 2021-2025.

Pelan tersebut telah berjaya direalisasikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dengan menumpukan lima teras, 15 strategi dan 96 inisiatif.

Ia bagi memastikan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi krisis sekuriti makanan dan situasi luar jangka.

Kerajaan juga telah menghapuskan sistem permit import (AP) yang akan memberi peluang lebih ramai pembekal untuk mengimport makanan dan bahan mentah. Ini akan menjadikan sektor pertanian lebih kompetitif dan berdaya saing, seterusnya akan menstabilkan harga pada masa depan.

Satu inovasi baharu tadbir urus juga telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan isu sekuriti makanan turut diteliti secara proaktif yang didasari pelbagai peringkat pentadbiran.

Penubuhan Jawatankuasa Sekuriti Makanan Peringkat Negeri dan Daerah telah dipersetujui bagi memastikan Pelan Tindakan DSMN 2021-2025 dapat dilaksanakan sebaiknya.

Sekuriti makanan juga memerlukan pelaburan berskala besar supaya kapasiti pengeluaran makanan negara dapat ditingkatkan.

Kerajaan Malaysia telah membuat satu rundingan bersama kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menawarkan pelaburan berbalik dalam sektor pertanian.

Sekali gus membantu UAE menjadi hab makanan di Asia Barat untuk strategi kos sara hidup rakyat

Malah, pengeluar tenusu Qatar menerusi Syarikat Baladna telah membuat pelaburan sejumlah RM4.5 bilion dalam sektor penternakan yang bakal menjadikan Malaysia pengeluar tenusu terbesar di Asia Tenggara.

Rundingan Dengan Kerajaan UAE, Tawar Pelaburan Berbalik Sektor Pertanian

kos sara hidup rakyat

Hal ini membuktikan bahawa kerajaan Malaysia sedang bergerak secara proaktif bagi memastikan sekuriti makanan negara berada pada tahap terbaik.

Strategi dilaksanakan bukan sahaja melangkaui perancangan, tetapi dibuktikan dalam bentuk tindakan yang boleh memberikan manfaat kepada Keluarga Malaysia.

Sumber: Kosmo

Baca juga: “Dia Berusaha Tak Meminta..”, OKU Gigih Jual Kek Guna Kerusi Roda, Ramai Doakan Jualan Peniaga Laris

Download Best WordPress Themes Free Download
Download WordPress Themes
Download WordPress Themes
Premium WordPress Themes Download
free online course
download mobile firmware
Tags: harga barang naikharga mahalkos sara hidup rakyat
ShareTweetSend

Related Posts

Mat Salleh Australia
Berita

Reaksi Mat Salleh Australia Makan Burger Ramly Tepi Jalan Tarik Perhatian Netizen, Bagi Rating Yang Tinggi Sangat!

Januari 27, 2023
133
peniaga celup tepung
Berita

Peniaga Celup Tepung Rugi Hampir RM100,000 Akibat Fenomena Air Pasang, Hampir 200 Pelanggan Lihat Kejadian Yang Dahsyat

Januari 27, 2023
94
gadis OKU
Berita

Gadis OKU Cari Rezeki Jadi Peniaga Burger Buka Mata Orang Ramai, Gigih Bekerja Sendiri Dalam Jalani Kehidupan

Januari 27, 2023
104
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist