Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tular & Hangat » Ramai Mengadu Tentang Straw ZUS Coffee, ZUS Coffee Janji Keluarkan Straw Baru Untuk Keselesaan Pelanggan

Ramai Mengadu Tentang Straw ZUS Coffee, ZUS Coffee Janji Keluarkan Straw Baru Untuk Keselesaan Pelanggan

Kategori:
Straw ZUS Coffee

Sebut sahaja ZUS Coffee, pasti ramai peminat kopi yang mengenali jenama lokal ini kerana rasanya yang digemari ramai dan harganya yang berpatutan.

Pilihan kopi dan air lain juga kebanyakan memenuhi citarasa rakyat Malaysia.

Sejak kebelakangan ini, orang ramai asyik mempertikaikan tentang penyedut minuman (straw) ZUS Coffee yang katanya cepat lembik setelah digunakan untuk diminum.

Ramai Mengadu Tentang Straw ZUS Coffee, ZUS Coffee Janji Keluarkan Straw Baru Untuk Keselesaan Pelanggan Straw ZUS Coffee

Kata rata-rata netizen, straw ZUS Coffee yang direndam di dalam air cepat mengecut dan terlerai. Untuk info, straw berkenaan diperbuat daripada bahan nasi dan tapioca.

Ia adalah straw untuk lebih mesra alam dan tidak perlu berakhir di tapak pelupusan sampah kerana straw tersebut boleh dimmakan dan tidak akan ada sebarang isu kitar semula. Straw ZUS Coffee

Straw ZUS CoffeeTetapi ramai di antara pengguna tidak selesa dengan penggunaan straw tersebut akibat ia cepat mencair. Tetapi ada juga yang menggatakan bahawa straw berkenaan sedap dikunyah.

Terbaharu, aduan tentang penukaran straw ZUS Coffee itu menerima maklum balas dari pihak ZUS sendiri.

Pihaknya berkata ingin menukarkan straw mereka kepada jenis yang baharu tidak lama lagi.

“We promise, we’re coming with new straw for you guys. Bawa bertenang guys much love.” – katanya dalam hantaran di laman X.

Berikutan dengan perkara tersebut, ramai yang menanti agar berita itu tertunai untuk menikmati pengalaman minum yang bebeza.Straw ZUS Coffee

Sumber: ZUS Coffee

Baca juga: “Ternyata Hari Ini Kiamat..”, Lelaki Ini Terkejut Lalu Depan Sebuah Kedai Makan, Rupa-Rupanya…

tags: |