Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Baru Belajar Masak, Suami Bebel Barang Dapur Sampai RM2000 Untuk Sebulan Undang Tawa Warganet

Baru Belajar Masak, Suami Bebel Barang Dapur Sampai RM2000 Untuk Sebulan Undang Tawa Warganet

Kategori:
beli barang dapur

Dalam masyarakat Melayu, setiap wanita perlu tahu memasak dan sediakan hidangan untuk suami. Makan pakai suami, sang isteri perlu menjaganya. Namun, tidak semua wanita mahir memasak, ada yang sebelum berumahtangga tidak tahu langsung bab memasak. Tetapi selepas mendirikan rumahtangga, masakan mereka ini jadi masakan yang paling sedap sekali.

Walaupun begitu tak semua orang mampu. Namun berbeza pula dengan wanita ini yang gigih belajar memasak dari awal. Menerusi video yang dikongsikan olehnya di aplikasi TikTok, wanita yang dikenali dengan nama Nia Syaqiera ini memberitahu 2 hingga 3 minggu dia cuba belajar memasak.

Satu troli barang masak yang dibeli berjumlah RM500

Nasib juga suaminya tidak berkira bahkan sentiasa memberi sokongan. Namun selepas membeli barang dapur penuh satu troli, suaminya yang dikenali dengan nama Rohing itu terkejut kerana nilai harganya yang berjumlah RM500. Kalau sebulan boleh mencecah RM2000.

Sewaktu memasukkan barangan ke dalam kereta, suaminya sempat berseloroh mengatakan, mujur 5 tahun lepas isterinya tidak pandai masak. Kalau tak tak sempat kaya. Suaminya itu juga sempat berseloroh supaya berhenti memasak sehingga menyebabkan Nia ketawa besar.

@nia_syaqieraMarah betul ke tu Royyy HAHAHAHA ##spontanrohing ##founderrohina♬ bunyi asal – NiaSyaqiera

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok terhibur melihat gelagat mereka. Malah ada juga yang terkejut dengan nilai pembeliannya yang banyak. Dalam masa yang sama ada juga yang mengiyakan dan bersetuju dengan jumlah berkenaan.

Sumpah lawak..

Mujur tak reti masak..

Tapi best kan dapat suami yang suka berseloroh macam ini. Hari-hari ketawa. Boleh jadi awet muda tau. Yang mana ada pasangan hidup yang suka berseloroh, yang gigih belajar masak macam ini, hargailah mereka. Sayangi mereka sesayang yang mungkin.

Sumber: TikTok Nia Syaqiera

Baca juga: Rupa Lobak Putih Ini Yang Penuh ‘Gedik’ Buat Warganet Terhibur, Siap Dipakaikan Baju! Tak Sampai Hati Nak Masak!

tags: | |