Bila sudah hidup berumah tangga ini, semua akan menghadapi masalah dari segi kewangan kerana waktu itulah bermula dari bawah. Sebelum ini mungkin kita tidak merasa sangat kesusahan kerana ibu bapa kita tidak pernah tunjuk kesusahan di depan kita.
Sama seperti suami isteri ini, mereka berdua ingin beli ramen samyang dengan membuat kira-kira duit yang ada di bank. Namun apa yang menyedihkan ialah mereka tidak beli selepas buat kira-kira.
Video ini dikongsi oleh nurulhazwani____ di laman media sosial TikToknya yang ketika itu sedang menolak troli anaknya di sebuah kedai runcit.
Kebetulan mereka lalu di hadapan susunan Ramen Samyang dan memberitahu kepada suaminya bahawa ia berharga RM28.
“Yang ni RM28, mahal-mahal. Kena kira-kira yang betul wei.” kata suaminya.
Terus suaminya ambik Ramen Samyang yang ada di dalam cup.
“Satu Cup RM8.55, dalam bank ada berapa?” tanya suaminya.
“Ada RM19 dalam bank, boleh beli 2 kot. Dalam maybank kena tinggal seringgit je!” sambung suaminya lagi.
Suaminya masih lagi membuat kiraan bahawa jika membuat pembelian Ramen Samyang ini, duit di dalam bank wajib kena ada seringgit.
Tapi, walaupun buat kiraan macam mana pun. Mereka berdua masih lagi tidak teruskan untuk beli ramen samyang itu.
@nurulhazwani____ Caption : Korang jangan sembang korang tak pernah lalui situasi macam ni🤣@Syamirrlatib_ #baraiii#makmakjamannow#iloveyou
@nurulhazwani____ Caption : Korang jangan sembang korang tak pernah lalui situasi macam ni🤣@Syamirrlatib_ #baraiii#makmakjamannow#iloveyou ♬ original sound – .
Menerusi di ruangan komen, ramai warganet memberitahu bahawa mereka juga seperti mereka hadapi masalah kewangan seperti mereka. Terpaksa semak dahulu duit di dalam bank untuk beli barang kemahuan kerana perlu beli barang keperluan dahulu.
Semoga semua pasangan suami isteri di dunia ini dikurniakan rezeki yang banyak dan sentiasa diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Sesungguhnya, rezeki Allah itu meluas jika kita usaha untuk dapatkannya. Amin!
Kredit: nurulhazwani____