Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Lebih Baik Tak Payah Kawin..”, Isteri Sakit Tapi Suami Malas Tolong Basuh Pinggan & Kemaskan Dapur

“Lebih Baik Tak Payah Kawin..”, Isteri Sakit Tapi Suami Malas Tolong Basuh Pinggan & Kemaskan Dapur

Kategori:
SUAMI MALAS

Bila sudah mendirikan rumah tangga, beban dan tanggungjawab perlu dikongsikan bersama. Sememangnya kita tidak harus perlakukan pasangan seperti hamba yang perlu memasak dan mengemas seorang diri. Namun masih ada segelintir individu di luar sana yang tidak menghargai pasangan dan menyuruh mereka menguruskan semua hal seorang diri.

Hal tersebut tidak sepatutnya terjadi dan sesiapa sahaja akan rasa tidak tahan apabila dibebankan dengan tanggungjawab sebegitu seorang diri walaupun mempunyai pasangan untuk meringankan beban tersebut. Akhir sekali ia menjadi masalah rumah tangga yang boleh menyebabkan penceraian.

Wanita Sakit Tapi Suami Malas Tolong Bantu Kemaskan Dapur Dan Pinggan

Terbaru, seorang wanita (identiti dirahsiakan) meluahkan rasa kecewa di media sosial dengan sikap suaminya yang pemalas dan tidak mahu membantunya.

Setelah sakit untuk beberapa hari, wanita itu tidak berdaya untuk melakukan apa jua perkerjaan dan membiarkan suaminya untuk menguruskan rumah. Apabila sudah beberapa hari berlalu dan wanita itu sudah larat untuk berdiri, dia menjenguk ke dapur untuk melihat keadaan dapur. SUAMI MALAS

Malangnya, dia kecewa dengan sikap lalai suaminya yang membiarkan pinggan kotor di dalam sinki dan tidak membasuhnya. Malah, lauk yang pernah dimasak juga dibiarkan busuk dan basi. SUAMI MALAS

Menjengah di ruangan komen, hal sebegini juga membuatkan sesetengah orang berasa takut untuk berkahwin. Takut tersalah pilih pasangan, akhirnya diri yang terseksa.

Takut Pula Nak KahwinSUAMI MALAS

Malah, ada yang berasakan sikap yang elok perlu diterap sejak kecil dan ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka untuk bertimbang rasa dan rajin mengemas supaya tidak menyusahkan pasangan ketika besar nanti.

Perlu Didik Sejak Awal Lagi Ni.. SUAMI MALAS

Bila kita sakit, tentunya kita mengharapkan pasangan untuk bantu menguruskan rumah tapi lain pula jadinya. Makin stress pula tengok keadaan rumah. Tolonglah jangan jadi pasangan sebegini dan bertimbang rasa dengan pasangan masing-masing.

Baca Juga: “Buat Sakit Hati Je..”, Wanita Mengeluh Tengok Suami Asyik Sembang Dengan Handphone Walaupun Tengah Dating

tags: