Penyakit kencing manis merupakan sesuatu yang serius dan perlu diambil berat. Seeloknya bila dapat mengesan simptom-simptomnya, rawatan dan nasihat pakar perlu didapatkan agar dapat mengelakkan masalah yang lebih besar di masa akan datang.
Selalunya, doktor akan menasihatkan pesakit untuk mengawal pemakanan makanan mereka. Oleh itu, makanan bergula perlu dikurangkan. Minuman segera juga tidak sesuai untuk diambil selalu namun bagi mereka yang sudah mengemarinya, ia susah untuk dibuang dan sudah tentu akan merinduinya. Seperti mana yang terjadi pada suami wanita ini yang telah menghadapi penyakit kencing manis.
Terbaru di laman TikTok, seorang wanita, sitiarifin84, memuat naik sebuah video dan berkongsi kejutan yang dilakukan pada suaminya baru-baru ini.
Menurutnya, suaminya sudah dua tahun menghidap sakit kencing manis. Oleh itu, dia terpaksa mengawal pemakanannya dan terpaksa menghentikan pengambilan minuman Nescafe segera. Walaupun gemar, hal itu perlu dilakukan demi kesihatannya.
Setelah dua tahun tidak dapat mengambil apa jenis manisan dan minuman kesukaan, suaminya tiba-tiba sahaja terdetik untuk menikmati manisan dan memintanya untuk menyediakan kek kesukaan iaitu kek Nescafe. Walaupun risau, dia tetap akur dan menyediakannya untuk suaminya.
Hasil kek wanita itu sangat cantik dan mengembirakan hati suaminya. Melihat suami senang, wanita itu juga turut gembira.
https://www.tiktok.com/@sitiarifin84/video/7058610434307296538?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937
@sitiarifin84Setia ku korbankn😁..buat kek untuk suami,dh 2 tahun sakit kencing manis..kawal pemakanan..lama tak makan kek..resepi kat video..sapa nk cuba jom la😍♬ suara asli – rainn
Menjengah di ruangan komen, netizen cadangkan wanita itu tukarkan bahan yang digunakan agar kek tersebut lebih sihat dan sesuai untuk dimakan.
Sakit kencing manis ini merupakan hal yang tidak patut dipandang rendah. Walaupun leceh, pengawalan pemakanan amat penting. Namun begitu, tak salah jika sekali sekala ambil masa untuk menikmati makanan kesukaan. Cuma pastikan ia diambil dalam kuantiti yang sedikit.
Kredit: TikTok sitiarifin84