Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Suami Rajin Masak Tapi Pelik-Pelik Pula Masakan Beliau, Masak Nasi Guna Sunquick Oren & Buah Pomegranates! Netizen Tak Tahu Beza Nasi Goreng Atau Dessert

Suami Rajin Masak Tapi Pelik-Pelik Pula Masakan Beliau, Masak Nasi Guna Sunquick Oren & Buah Pomegranates! Netizen Tak Tahu Beza Nasi Goreng Atau Dessert

Kategori:
pelik-pelik

Bila dah hidup dalam kehidupan pasangan suami isteri ini, barulah kita tahu bagaimana perangai sebenar pasangan masing-masing. Walaupun bercinta sudah bertahun-tahun, bila tidur sebantal baru tahu seratus peratus perangai mereka yang sebenar.

Salah satu perangai yang pelik adalah seperti di dalam video yang akan dikongsikan ini, suaminya seorang rajin memasak tapi pelik-pelik pula masakan beliau.

Suami Rajin Masak Tapi Pelik-Pelik Pula Masakan Beliau, Masak Nasi Guna Sunquick Oren & Buah Pomegranates! Netizen Tak Tahu Beza Nasi Goreng Atau Dessert

Kisah lucu ini dikongsikan oleh ranunculusbutterfly di laman media sosial beliau TikTok. Beliau menunjukkan suaminya suka memasak tetapi pelik-pelik pula masakan yang beliau hasilkan. Netizen pula mahu menangis apabila melihat hasil masakan yang telah siap dimasak.

Antara masakan pelik yang beliau letakkan adalah sunquick oren, titisan pewarna makanan dan juga buah pomegranates. Selepas itu, beliau tumiskan bawang holland, serbuk bawang, cili giling, ikan bilis, sosej, telur dan sayur campur.

pelik-pelik

Pelik pula apabila dilihat nasi berwarna pink ini, dan betul-betul buat penonton video ini menangis melihat masakannya. Apa yang lagi mengejutkan ialah diletaknya pula hirisan epal dan buah pomegranates dan tersenyum sahaja sambil memasak.

Terus isterinya menangis kerana terkejut dengan masakan yang beliau cuba buat. Kerana suaminya tidak berpuas hati dengan hasil yang telah dia buat, beliau letakkan pula telur di atas nasi seperti nasi goreng pattaya dan rendang daging di tepi.

pelik-pelik

Walaupun sudah siap, masih lagi beliau letakkan buah pomegranates sebagai side dishes. Gerun pula untuk rasa kerana bukan biasa-biasa nasi goreng yang beliau buat ini. Siap namakan lagi sebagai ‘Fruity Pattaya Fried Rice’.

@ranunculusbutterfly KHAIRUL ‘hey wassap guy’ AMIN COULD NEVER (actually dia sendiri tak nak buat ni)….. #husbandcooking #husbandcooks #friedrice #nasigoreng #nasigorengpataya #unclerogerapproved #fyp #fypmalaysia #fypviralシ ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Ini pula reaksi beliau selepas makan nasi goreng itu.

@ranunculusbutterfly Replying to @Aisya.Rin Part 2 Taste test effort suami 🥲 #husbandcooks #husbandcooking #friedrice #nasigoreng #nasigorengpataya #unclerogerapproved #fyp #fypmalaysia #fypviralシ ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Ni Bukan Pattaya, Ni Tak Payah Jelah

Kecoh di ruangan komen kerana terkejut melihat masakan suami beliau masakkan dan risau pula jika rasanya sangat tidak sedap. Netizen bertanya kepadanya adakah sedap atau tidak, terus beliau membalas “no”.

pelik-pelik pelik-pelik pelik-pelik pelik-pelik

Tapi kalau difikirkan, comel pula telatah suaminya yang mencuba tunjuk ‘effort’ kepada isterinya. Walaupun beliau tahu tidak sedap, tapi beliau cuba untuk ambil hati isterinya.

Kredit: ranunculusbutterfly

Baca Juga: “Awal-Awal Sedih Baca, Sekali Plot Twist” – Wanita Ini Ceritakan Kisah Pahit & Gelap Beliau Kepada Suaminya, Tetapi Lain Pula Jadinya…

tags: | |