Setiap pasangan yang telah mendirikan sebuah rumah tangga menghadapi pelbagai cabaran. Ada kalanya setiap dugaan yang datang benar-benar menguji hubungan masing-masing.
Namun, tidak dinafikan bahawa tiap rintangan yang datang juga menguatkan ikatan kasih sayang di antara pasangan dan mengajar mereka erti menghargai dan memaafkan.
Sebab itu jika dilihat, antara pasangan yang bahagia adalah mereka yang telah lama bersama dan mengharungi macam-macam tapi masih lagi kuat dan saling menjaga satu sama lain seperti wanita ini dan suaminya.
Bercakap soal pasangan, kebanyakan lelaki tak mudah menunjukkan kasih sayang mereka secara terbuka atau melalui kata-kata. Jika dilihat pada suami norazianmat, agaknya dia juga begitu.
Telah lama bersama, nampaknya suaminya kelihatan lebih selesa dengan meluahkan kasih sayang dengan cara layanan yang baik seperti yang telah dikongsikan baru-baru ini.
Melihat seorang peniaga yang menjaja aiskrim serta snek di tepi sekolah sewaktu ingin menjemput anak mereka pulang, pasangan itu berhenti untuk membeli makanan sambil menunggu. Tidak diminta, wanita itu tersentuh apabila suaminya menghulurkan dua cawan aiskrim padanya.
Menurutnya, perkara ini menjadi tabiat biasa suaminya. Mungkin baginya, isterinya masih memiliki sifat kebudak-budakkan dan perlu sentiasa dimanjakan dengan pelbagai snek zaman sekolah.
@norazianmat♬ original sound – Umirah Taib – Umirah Taib | CEO Le Maream
Nampak manis sangat pasangan ini, kan? Untungnya mana-mana wanita yang memiliki seorang suami yang sedia melayan kerenah dan suka manjakannya.
Bercakap soal pasangan, kita juga perlu tahu cara sebetulnya untuk menghargai di antara satu sama lain. Kadang-kadang perkara itu tak perlu diungkapkan dengan kata-kata atau posting di media sosial, cukuplah dengan tindakan anda.
Semoga perkongsian ini dapat membuka mata kita semua dan mendidik untuk lebih menghargai dan menyayangi pasangan masing-masing.
Kredit: norazianmat
Baca Juga: “Dasar Pemalas! Pengotor!”- Penduduk Flat Selamba Campak Sampah Dari Tingkap Buat Wanita Ini Bengang