Suami merupakan tempat mengadu dan bermanja si isteri selepas mereka berkahwin. Jika sebelum ini tempat bermanja mereka adalah Ibu dan Ayah namun setelah berkahwin semuanya itu beralih kepada suami. Pastinya mendapatkan suami yang memahami kita adalah merupakan satu rezeki atau nikmat kebahagiaan.
Namun tak semua yang akan bernasib baik setelah berkahwin. Akan ada juga yang kurang bernasib baik namun begitu tetaplah kuat. Berkenaan dengan suami dan isteri ini ada satu perkongsian yang dibuat oleh seorang lelaki di aplikasi TikTok berkenaan dengan isterinya.
Menerusi video berkenaan, si isteri memanggil suaminya seolah-olah ada kecemasan rupa-rupanya bukan. Suaminya dipanggil adalah untuk memaklumkan kepada suaminya berkenaan dengan durian yang dimakan olehnya. Rasa durian tersebut sangat sedap sehinggakan isterinya sangat teruja dan sedih menikmatinya.
Selepas mengadu rasa duriannya yang sedap, si isteri meminta suaminya belikan lagi buah durian berkenaan. Memandangkan hanya tinggal satu ulas lagi dan ianya tidak mencukupi. Namun apa yang kelakarnya apabila suaminya meminta isterinya simpan ulasan durian yang terakhir itu.
@___tiboooo Hanya semata-mata benda tu ja weyyyyy. Pmpuan memang mcm ni ka?? #fyp #fypシ #fypdongggggggg #tiktokmalaysia
@___tibooooHanya semata-mata benda tu ja weyyyyy. Pmpuan memang mcm ni ka?? ##fyp ##fypシ ##fypdongggggggg ##tiktokmalaysia♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀
Ekoran video berkenaan sangat comel dan suaminya juga seorang yang soft spoken ramai netizen yang cemburu melihatnya. Ada juga yang berasa sebak dan tersenyum sendiri melihat gelagat suami isteri ini.
Bukan itu sahaja, ada juga yang menganggap mungkin wanita atau isteri ini sedang mengandung. Disebabkan itulah dia jadi macam tu sekali sewaktu makan durian berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan perempuan memang begitu. Jika makan sesuatu yang sedap pasti mereka akan teruja dan kadangkala boleh menangis.
Comel je kan tengok pasangan ini? Korang yang tengok tu jangan pula cemburu lebih-lebih tau. Semoga pasangan ini bahagia hingga ke syurga.
Kredit: TikTok Tibo