Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, ramai yang telah terkesan dan terputus pendapatan. Ada yang terpaksa diberhentikan kerja dan menutup syarikat. Malah, untuk mencari perkerjaan pada waktu sekarang amatlah mencabar bagi ramai.
Untuk meneruskan kehidupan dan membantu keluarga, rata-rata anak muda mula berniaga dengan membuka gerai jualan di tepi jalan. Meskipun berkerja dalam panas terik dan suasana yang tidak selesa, ia tak pernah menghalang mereka untuk mencari rezeki.
Tular di TikTok baru-baru ini, sebuah video yang dimuat turun yang memaparkan aksi lucu seorang lelaki dan dua peniaga air berpakaian kostum Spiderman di tepi jalan telah berjaya mencuri perhatian warganet. Lelaki itu yang merupakan pelanggan turut sama sertai peniaga tersebut menari.
@princessmaht kita kongsi rezeki, inshaAllah 🤲🏻❤️ #fypage #fypシ #masukberandafypシ
@puteridaisyykita kongsi rezeki, inshaAllah 🤲🏻❤️ #fypage #fypシ #masukberandafypシ♬ original sound – bukan puteri biasa
puteridaisyy yang merupakan isteri kepada lelaki tersebut terhibur dengan gelagat lucu suaminya yang tak segan turut sama-sama menari dengan peniaga air itu. Menurutnya, suaminya sudah beberapa kali melalui gerai air itu dan ingin cuba minuman yang dijual tapi apakah daya, tiada rezeki.
Namun, baru-baru ini selepas membeli barang, si suaminya sudah memasang niat untuk membeli air yang dijual. Apabila nampak saja peniaga air Spiderman masih disana, suaminya terus parking kereta dan turun untuk sama-sama menari bersama! Suami oh suami!
Lepastu balik dari beli barang tadi dari jauh lagi husb dah tanya, ada lagi tak diaorang tu? Lepastu nampak je adik spiderman still ada kat situ, dia terus parking turun kereta lepastu join dance hahaha!
Dengan gelagatnya yang sempoi, wanita itu berasa bersyukur mempunyai suami yang baik dan sentiasa jadi penghibur hati ketika suka dan duka.
Alhamdulillah, syukur sangat dapat suami yang baik dan sentiasa jadi penghibur hati tatkala suka mahupun duka.
Kita Kongsi Rezeki, InshaAllah.
Video tersebut bukan saja untuk berkongsi gelagat suaminya dengan peniaga air, tapi juga untuk mengajak orang ramai untuk sama-sama support peniaga air Spiderman yang meniaga di depan sekolah Mahsan Bahau, Negeri Sembilan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa ‘cemburu’ dengan wanita itu kerana memilik seorang suami yang kelakar dan sempoi.
Bagusnya ada suami macam ini. Sambil hiburkan hati, sambil itu dapat bantu peniaga air itu mencari rezeki. Semua wanita inginkan lelaki yang kelakar, kan? Lelaki yang lucu dan baik hati menjadi pilihan para gadis.
Kredit: TikTok puteridaisyy
Baca Juga: Air Jagung Amirreka Semakin Digilai Ramai, Amir Raja Lawak Kini Dapat Bantu Ramai Orang