Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Arwah Banyak Berjasa..” Suasana Mula Berasa Sayu Di Dapur Apabila Mendapati Pisau Kesayangan ‘Tewas’..

“Arwah Banyak Berjasa..” Suasana Mula Berasa Sayu Di Dapur Apabila Mendapati Pisau Kesayangan ‘Tewas’..

Kategori:
berasa sayu

Setiap tukang masak mempunyai peralatan dapur yang amat disayangi. Tak kisahlah kuali, pisau, senduk, atau periuk, benda itu akan menjadi peneman setia ketika memasak. Malah, hampir semua hidangan akan dilakukan dengan menggunakan peralatan tersebut.

Sudah bertahun-tahun digunakan, semestinya peralatan dapur kesayangan akan dijaga dengan baik. Kalau boleh, tidak mahu sesiapa gunakan kerana risau akan rosak. Namun begitu, seperti segala ‘pertemuan’, pasti akan ada perpisahan.

Suasana Berasa Sayu Di Dapur

Di laman Facebook, seorang pengguna, Zura Nafis, memuatkan naik sebuah gambar yang memaparkan keadaan pisau kesayangannya setelah digunakan untuk memotong labu.

Umum sudah tahu bahawa buah labu sukar dipotong jadi ia memerlukan pengunaan pisau yang sesuai. Namun, oleh kerana yakin dengan pisau kesayangan, dia menggunakannya untuk memotong buah tersebut tapi alangkah terkejut apabila pisau itu didapati patah.

Setelah banyak berjasa dan 10 tahun bersama, nampaknya pisau tersebut tidak lagi boleh digunakan. Perpisahan yang tidak diduga, tiba-tiba suasana di dapur berasa sayu.

Arwah banyak berjasa hampir 10tahun kami bersama

My favorite knife is gone

berasa sayu

Tewas Dengan Si Labu…

Menjengah di ruangan komen, warganet turut berasa sayu dengan perkara yang terjadi. Akhirnya pisau kesayangan itu tertewas dengan kekuatan buah labu. berasa sayu

Lain Kali Guna Pisau..

Tambahan pula, ada beberapa warganet yang menasihatkan agar wanita itu menggunakan pisau yang sesuai ketika memotong buah. Perkara ini dapat mengelakkan perkara itu berulang sekali lagi. berasa sayu

Siapa sahaja yang tidak akan berasa sayu bila terpaksa berpisah dengan alat dapur kesayangan yang sudah banyak berjasa, kan? Bila nak memasak pasti akan tercari-cari meskipun sudah beli yang baharu.

Tak mengapa, jadikan perkara ini sebagai pengajaran supaya kita lebih berhati-hati dan menggunakan alat yang sesuai untuk memasak. Perkara itu dapat mengelakkan dari sebarang kerosakan dan kecederaan. Semoga kita semua berhati-hati lain kali.

Kredit: Zura Nafis via MATJHN OFFICIAL

Baca Juga: “Habis Sumpahan Itu Putih La Balik..” Ikan Dayang Senandung Ini Buat Warganet Pecah Perut Melihatnya

 

tags: |