Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Kisah Di Sebalik Penyanyi Terkenal Sudirman, Pernah Keluarkan Minuman Sendiri Sehingga Raih Hasil Lumayan. Pada Akhirnya, Ia Tinggal Misteri..

Kisah Di Sebalik Penyanyi Terkenal Sudirman, Pernah Keluarkan Minuman Sendiri Sehingga Raih Hasil Lumayan. Pada Akhirnya, Ia Tinggal Misteri..

Kategori: ,
sudirman

Masuk tahun ini, sudah 32 tahun tahun penyayi terkenal dan berbakat besar, arwah Sudirman Haji Arshad telah meninggalkan kita.

Ketika corong-corong radio memutarkan lagu beliau, dapat dirasai segala nyanyian dan lirik lagunya seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan. Menghayati lagu-lagu dan karyannya akan menimbulkan rasa yang syahdu dan sayu sehingga terkadang boleh menitiskan air mata dengan sendirinya.

Bagi generasi sekarang, mungkin korang kenal artis yang pernah menggegarkan Malaysia suatu ketika dahulu.

Tetapi, ada banyak sejarah mengenai Sudirman yang harus diketahui oleh semua. Sudirman yang berjiwa besar pada saat hidupnya pernah menjadi usahawan yang berjaya, bukan setakat mengelola gelaran penyanyi dan artis sahaja.

Kisah Di Sebalik Penyanyi Terkenal Sudirman, Pernah Keluarkan Minuman Sendiri Sehingga Raih Hasil Lumayan. Pada Akhirnya, Ia Tinggal Misteri..

sudirman

 

Walaupun dia sudah tiada lagi di alam dunia yang fana ini, tetapi segala khazanah seni, nostalgia dan inspirasi tetap menjadi bualan ramai. Dan salah satu pencapian hidupnya adalah dia pernah menjadi usahawan berjaya apabila merangkul hasil berjuta-juta dengan mengeluarkan keluaran minuman atas namanya. Menarik, bukan?

Menurut artikel URTV, pada tahun 1992 di bulan Februari, Sudirman atau lebih mesra dipanggil Sudir dijemput oleh Tuhan di saat-saat dia dijulang sebagai penghibur nombor 1 Asia. Ia serentak minuman Sudi keluaran Sudirman Usaha Dagang Industri (SUDI) laris berlipat kali ganda dari target dan asalnya.

sudirman

Apa tidaknya, bukan sahaja tin minumannya cantik dan eksklusif, rasanya pun best. Sedap! Sekali teguk tak puas. Nak minum lagi puas-puas. Perihal Sudir keluarkan minuman sendiri pada tahun 1990 itu heboh hingga ke Singapura.

1990 – wujudnya minuman Sudi meletup-meletup larisnya di pasaran. Sudir berbisik, RM5 juta akan dimilikinya tak lama lagi.

sudirman

Meninjau ruangan komen netizen tentang keluaran minuman Sudirman ini, ramai yang mengakui bahawa air Sudi itu sedap dengan rasa karbonatnya dan terkenal di serata negeri.

“Di Kelantan cukup top minuman SUDI merata-rata kedai ada jual. Paling aku suka perisa lemon sama rasa sprite,” komen seorang netizen tentang minuman Sudi tersebut.

“Saya duduk di Mentakab. Dulu masa sekolah boleh kata semua kedai lah ada jual air ni. Punya support anak tempatan. Sampai dekat kantin pun jual. Cikgu pening kepala budak-budak nak minum air gas je,” tulis Syukri berkongsi kenangan minuman Sudi suatu hari dulu.

Terkenal Di Seluruh Negara Sebab Sedap, Kantin Sekolah Banyak Yang Jual – Netizen

sudirman

Semoga Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang tempatkan Sudirman di syurga. Al-Fatihah.

Sumber: Bahyah Mahmood

Baca juga: “Baru Tahu Ada Sotong Tak Boleh Makan”, Lelaki Ini Terselamat Dari Maut Bila Muat Naik Gambar Hidangan, Dapat Nasihat Dari Warganet Sebelum Makan

tags: | |