Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Suka Dessert Jual Sos Coklat RM60 Segelas, Harga Menu Tricolour Chocolate Baharu Itu Cetus Perdebatan Ramai

Suka Dessert Jual Sos Coklat RM60 Segelas, Harga Menu Tricolour Chocolate Baharu Itu Cetus Perdebatan Ramai

Kategori: ,
Tricolour Chocolate

Sebut sahaja kedai dessert yang popular di Malaysia, antara kedai yang menjadi bualan di Malaysia adalah kedai Suka Dessert.

Jenama pencuci mulut yang tular dengan menu berasaskan coklat di media sosial itu hanyalah perniagaan dari rumah pada awalnya.

Menurut pengasasnya, Siti Hajar Mohd Razali, 37, idea untuk memperkenalkan Suka Dessert bermula selepas minatnya yang mendalam terhadap pencuci mulut berasaskan coklat, selain gemar ke kedai pencuci mulut apabila tiba hari gaji.

Menu Suka Dessert selalu menjadi sebutan apabila mereka mengeluarkan produk baharu.

Suka Dessert Jual Sos Coklat RM60 Segelas, Harga Menu Tricolour Chocolate Baharu Itu Cetus Perdebatan Ramai

Seperti menu terbaharu mereka yang dijual di event Kak Nab baru-baru ini, lapisan sos coklat yang dinamakan Tricolour Chocolate itu mendapat perhatian apabila harga yang ditawarkan adalah mahal mengikut orang ramai.

Namun, Auntie Ja menyatakan bahawa Harga RM60 untuk satu gelas sos Tricolour Chocolate itu sememangnya berbaloi kerana mereka menggunakan coklat yang mahal dan premium.

“BARU! TRICOLOUR CHOCOLATE. Darlings, atas permintaan ramai, akhirnya Auntie Ja keluarkan juga choc dip khas untuk darlings.

“Berat choc lingkungan 450g+- , harga RM6O (harga choc sahaja, tiada side). Available di event Kak Nab sahaja. Auntie Ja tidak galakkan darlings beli ya sebab harga choc sangat mahal. Dan disebabkan itu juga Auntie Ja tak keluarkan banyak,” jelasnya dalam video tular berkenaan.

Guna Coklat Mahal & Berkualiti

Untuk makluman, sos coklat berkenaan sesuai dimakan dengan strawberi atau apa-apa manisan serta buah yang sesuai mengikut selera pengguna.

Melihat ruangan komen, pelbagai reaksi yang mucul dari pengikut Auntie Ja. Ada yang menyokong harga berkenaan, malah ada juga yang kurang setuju.

“Tapikan tak dinafikan Suka Dessert punya coklat memang premium, sedap . Aku ni peminat coklat. Coklat Auntie Ja je yang aku lambat sikit nak muak , yang lain cepat muak,” kata seorang netizen bernama Hafizah.

“Auntie Ja, as student yang ambil pastry course saya faham kenapa mahal. Coklat yang diorang guna tak murah ye 😭😭 even 500 gram je dah berapa dah,” kata seorang netizen lagi dengan nama akaun Adore.

 

Sumber: Suka Desseert

Baca juga: Katering Refund Semula Wang Pelanggan Termasuk Deposit Kerana Batal Pertunangan Secara Tiba-Tiba, Dapat Pujian Ramai

tags: |