Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Suka Makan Lewat Malam? Ini Kesan Buruk Yang Bakal Anda Tanggung

Suka Makan Lewat Malam? Ini Kesan Buruk Yang Bakal Anda Tanggung

Kategori: ,

Rata-rata mesti pernah ke dapur, buka peti ais bila tiba-tiba lapar tengah malam kan? Atau pun yang paling ramai buat adalah masak maggi, makan lewat malam ni memang aura ‘selera’ tu lain macam, tambahan lagi bila tengah lapar.

Tetapi yang menjadi persoalan adalah, adakah rutin makan lewat malam bagus untuk kesihatan anda? Jawapannya, TIDAK. Kenapa tidak bagus? Baca artikel ini sehingga habis.

Tipulah kalau anda tak pernah dengar, makan malam memang tidak bagus untuk kesihatan anda. Kerana sepatutnya waktu malam adalah waktu untuk badan anda berehat setelah seharian penat bekerja. Tetapi sebaliknya yang berlaku bila anda makan lewat malam, badan anda perlu mencerna dan memproses makanan yang baru dimakan, sekaligus juga dapat menganggu corak tidur anda. Bukan itu sahaja, makan lewat malam juga merupakan satu tabiat buruk dari pelbagai aspek.

Kenapa Makan Lewat Malam Tidak Elok Untuk Anda?

Jom ikuti perkongsian infografik oleh Public Health Malaysia di bawah:

  1. Gula dalam darah meningkat
  2. Berat meningkat
  3. Obesiti
  4. Sakit jantung
  5. Reflux acid perut/Gerd
  6. Mudah lupa/konsentrasi teruk

Tetapi kalau lapar juga, boleh makanan kekacang, buahan, telur rebus atau bijirin. Asalkan jangan makanan yang terlampau berat dan berkalori tinggi.

Kredit: Public Health Malaysia

 

tags: