Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Suka Makan Ulam? Ketahui Khasiatnya! Makan Hari-Hari Pun Mesti Sihat!

Suka Makan Ulam? Ketahui Khasiatnya! Makan Hari-Hari Pun Mesti Sihat!

Kategori: ,
ulam

Ulam-ulaman merupakan antara makanan yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu. Kalau anda nak tahu, ianya bukan saja sedap tapi ianya mengandungi pelbagai khasiat.

Mudah untuk didapati dan sangat murah, ulam tak perlu dimasak melainkan jika anda mahu mencelur atau merebus sebentar. Selalunya ianya dinikmati bersama dengan sambal belacan, cencaluk, budu, atau sos-sos lain.

Terdapat banyak khasiat pada ulam seperti mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, natrium dan kalsium.

  • Daun Pegaga

ulam

Sangat mudah dijumpai, daun pegaga sangat enak untuk dinikmati begitu saja dengan sambal, dibuat jus atau dijadikan kerabu. Ianya juga sangat bagus untuk kesihatan kulit.

Selain itu, ia dapat menjana kecerdesan minda dan membantu peredaran darah dalam tubuh badan.

  • Petai
    ulam petai

Antara jenis yang terkenal, kalau anda nak tahu, petai ini mengandungi karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Ianya sangat berkesan untuk merawat penyakit jantung, kencing manis, mencuci buah pinggang dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

  • Ulam Raja

ulam raja

Sangat digalakkan untuk ibu yang sedang berpantang untuk mengamalkan ulam raja. Ianya dapat membantu meremajakan kulit, sesuai untuk anda yang nak awet muda.

  • Kacang Botol

ulam kacang botol

Kaya dengan protein dan mineral, ianya dapat meningkatkan tenaga dan mengisi keperluan nutrein dalam badan.

  • Selom

ulam selom

Mengandungi nutrisi, daun selom mempunyai kalsium dan vitamin C yang baik untuk kesihatan. Ianya baik untuk kesihatan hati dan bersifat antiradang.

Sangat tinggi khasiat ulam, kan? Banyak kebaikan pada kesihatan yang kita akan perolehi jika diamalkan hari-hari.

Lain kali, bila nak makan jangan lupa untuk sediakan sepinggan untuk dinikmati. Sedap dan sihat. Jangan lupa share pada kawan-kawan anda.

Kredit: Nur Syamila Kamarul Arefin

Baca Juga: Katy Perry Teruja, Siap Menari Lagi Setelah Rasa Rendang Itik & Pulut Kuning Dari Peserta Malaysia

tags: