Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Jangan Lah Seksa!” Suka Usik & Kepit Kerang, Wanita Ini Dikecam Oleh Warganet

“Jangan Lah Seksa!” Suka Usik & Kepit Kerang, Wanita Ini Dikecam Oleh Warganet

Kategori:
KEPIT KERANG

Sebagai seorang manusia, kita juga perlulah berbuat baik kepada haiwan. Perkara itu merupakan satu amalan yang mulia dan ditekankan dalam semua agama.

Namun, kadang-kadang bila bergurau dan mengusik haiwan ini, perkara itu akan membawa padah. Lebih-lebih lagi apabila tindakan kita itu dilihat orang lain. Jadi, berhati-hatilah bila berbuat demikian, takut nanti akan menyinggung perasaan orang lain.

Suka Usik Dan Kepit Kerang Yang Sedang ‘Tidur’

Di laman TikTok, seorang pengguna, izzatikamsani1, memuat naik sebuah video dan berkongsi gelagat lucunya baru-baru ini.

Melihat beberapa kerang yang sedang ‘tidur’ dengan ‘lidah’nya terkeluar, wanita itu geram, lalu mengusik haiwan itu dengan mengepitnya dengan cengkerangnya. Terhibur, dia mengulangi tindakan itu pada beberapa ekor kerang lain.

https://www.tiktok.com/@izzatikamsani1/video/7047425110449409307?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937

@izzatikamsani1Kacau orang tidur ❌ kacau kerang tidur ✅. Heheheh siapa pernah buat?♬ original sound – Izzxti Kxmsxni

Kesian Pada Haiwan Itu

Menjengah di ruangan komen, tindakan wanita itu bagaimanapun mengundang padah dan segelintir warganet berasakan perkara itu kejam kerana dilihat menyeksakan haiwan tersebut. Mereka menasihatinya agar tidak berbuat sebegitu.  KEPIT KERANG

Bila Makan Tak Kasihan Pula

Namun, ada juga yang mempertahankan wanita itu dan menasihati segelintir warganet yang tekesan dengan tindakan itu untuk tidak terlalu serius. KEPIT KERANG

Kadang-kadang rupa haiwan ini kelakar juga. Jadi, kita tidak dapat menahan diri dari mengusik mereka. Namun begitu, janganlah bertindak melampau sehingga boleh menyakitkan mereka kerana perkara itu boleh membuat orang lain berasa tidak selesa bila dilihat. Tambahan pula, menyakiti haiwan ini sesuatu yang tidak baik.

Semoga perkara ini menjadi peringatan buat kita semua untuk sentiasa berbuat baik pada haiwan-haiwan.

Kredit: TikTok izzatikamsani1

Baca Juga: “Sakitnya Tengok..” Cara Lelaki Ini Menyiang Ikan Undang Kecaman Dari Warganet

tags: