Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sup Bebola Ikan Dahlia’s Kitchen

Sup Bebola Ikan Dahlia’s Kitchen

Kategori: ,
sup bebola ikan dahlia's kitchen

Saya pasti ramai yang suka makan sup bebola ikan tapi tidak tahu cara membuat bebola ikan. Disini saya ingin berkongsi dengan anda resepi membuatnya (homemade). Caranya mudah sahaja dan saya yakin anda semua pasti dapat membuat bebola ikan dengan sendiri. Dibawah saya sediakan resepi dan cara membuat bebola ikan daripada Dahlia’s Kitchen.

SUP BEBOLA IKAN HOMEMADE DAHLIA’S KITCHEN

Bahan-bahan kisar (blend)

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 6 Ulas Bawang Putih
  • 1 Ibu Jari Halia

Bahan-bahan lain

  • 1 Ekor Ikan Tenggiri Papan ( saiz sedang )
  • 1 Stock Ikan atau Stock Ayam
  • Lada Sulah ( citarasa masing2 )
  • Daun Sup Bawang
  • 3 Biji Kentang ( dibelah 4 )
  • 2 Biji Tomato ( dibelah 4 )
  • 2 Batang Lobak Merah ( dibelah 4 )
  • 2 Batang Celery Dihiris ( optional )
  • Brocolli (optional)
  • Suun ( optional )
  • Cendawan ( optional )
  • Garam Secukup Rasa
  • Air 3liter ( citarasa masing2 )

Bahan-bahan bebola ikan

  • Tepung Gandum
  • Lada Sulah
  • Garam Secukup Rasa
  • Air ( biar pekat dan lembut dan tidak cair )

*Sambal Kicap Mudah Dahlia’s Kitchen

  • 5 Btg Lada Merah,
  • 5 Btg Cili Padi,
  • 2 Ulas Bawang Putih,
  • 1 Sudu Teh Gula,
  • Semua bahan bahan dikisar bersama Kicap Masin. ( kicap masin ikut sukatan masing2 )

Cara cara memasak dan membuat bebola ikan

  • Buat sup dahulu, tumis bahan kisar hingga garing dan masukkan air
  • Masukkan, kentang, carrot, pepper, garam dan kiub ayam
  • Perisi isi ikan, letakkan lada putih, tepung gandum air dan uli
  • Kemudian masukkan ke dalam sup dan akhir sekali letak sayur sayur

Kredit: Dahlia’s Kitchen

tags: |