Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ya Allah Nak Pengsan Tengok..” Sup Daging Hampir RM10, Tapi Kuah..

“Ya Allah Nak Pengsan Tengok..” Sup Daging Hampir RM10, Tapi Kuah..

Kategori:
sup daging

Dalam keterasaan kenaikan harga barang yang semakin naik mendadak, pasti ramai yang orang yang terkesan. Ini termasuklah pemborong, peniaga dan juga pembeli.

Kenaikan harga barang khususnya bahan mentah membuatkan peniaga terpaksa menaikkan juga harga jualan makanan. Tetapi dalam hal ini, haruslah berpada-pada dan mengikut kuantiti serta kualiti.

Apa yang lebih penting, ketika semua orang sedang terkesan, peniaga janganlah mengambil kesempatan terhadap harga jualan makanan. Ada yang menjual dengan harga yang tinggi mendadak serta kualiti yang teruk.

“Ya Allah Nak Pengsan Tengok..” Sup Daging Hampir RM10, Tapi Kuah..

Hal ini terjadi kepada salah seorang pengguna TikTok bernama @atirahrahani yang membeli sup daging menggunakan Foodpanda dan terkejut dengan pembelian makanan tersebut.

Menerusi video berkenaan, sup daging yang berharga RM9.50 tersebut hanyalah sebesar satu plastik bersaiz satu genggaman tangan. Kuantiti kuahnya bagaikan hanyalah tambahan kuah untuk satu sup yang disediakan bersama set nasi bujang.

Wanita itu terkejut dan tidak menyangka akan hal itu. Dia juga mengajukan pertanyaan seperti faktor kenaikan harga barang menyebabkan peniaga itu melakukan hal demikian.

sup daging sup daging

Tetapi dengan menggunakan logik akal dan melihat kepada kuantiti sup tersebut, ia bukanlah disebabkan harga barang. Ini kerana kualitinya juga tidak memadai dan tidak setanding dengan harga yang dijual.

@atirahrahani

Maybe Sebab harga dah naik ? 🥲🥲

♬ –

@atirahrahaniMaybe Sebab harga dah naik ? 🥲🥲♬ original sound – ælya

Melihat kepada ruangan komen, ada netizen bersependapat dan bersetuju tentang harga sup yang dikenakan dengan kualiti sup tersebut adalah tidak berpatutan.

Mengambil komen salah satu netizen, @ZanMK berkata, “perghhh ini bungkusan kecil set nasi bujang ni. Hurmmm,” luahnya dalam ruangan komen tersebut.

Seorang netizen lagi memberi seakan komen yang sama, “macam (order) makcik nasi goreng kampung satu. Sup kosong jangan lupa. Gittew,” tulisnya dengan seloroh.

Rupa Macam Sup Kosong

Melalui peristiwa ini, diingatkan kepada peniaga untuk menjual dengan ikhlas dan jujur. Orang ramai akan berpuas hati jika harga makanan naik tetapi kualiti juga turut meningkat. Hal ini kerana, setiap pembelian haruslah sepadan dengan harga yang dijual.

Mungkin, peniaga perlu lebih berhati-hati dan sentiasa menyemak kembali kepadanan harga dan makanan yang dipesan pelanggan.

Sumber: Atirahrahani

Baca juga: “Dia Selalu Umpan Makanan Bila Letih..” Gadis Kongsi Pengalaman Ikut Tunang Buat Grab

tags: | |