Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resipi Sup Darat Bila Badan Rasa Tak Sihat, Lepas Hirup Terus Berpeluh &Segar Semula

Ini Resipi Sup Darat Bila Badan Rasa Tak Sihat, Lepas Hirup Terus Berpeluh &Segar Semula

Kategori: ,,
Sup Darat

Bila sakit, selera makan kebiasaan akan turun dan kita pun jadi kurang makan. Biasanya, tekak inginkan hidangan berkuah yang boleh dihirup panas-panas ketika badan mula sakit-sakit.

Jadi kali ini, Daily Makan ingin berkongsi satu resipi yang sememangnya sedap dihirup dan akan tingkatkan selera makan. Salah satu menu sup yang boleh dihidangkan adalah Sup Darat.

Menurut Nur Amalyna Zuradi, sup ini mampu memberi kesegaran kepada badan yang lesu akibat kurang sihat atau pun selsema.

Ini Resipi Sup Darat Bila Badan Rasa Tak Sihat, Lepas Hirup Terus Berpeluh & Segar SemulaSup Darat

Bahan-Bahan:

  • ayam
  • serai ketuk
  • bawang putih – ketuk
  • lada – ketuk
  • halia – ketuk
  • kentang – potong

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan semua dalam periuk, kemudian masukkan air, sukatan ikut cita rasa.
  2. Tak perlu tumis semua bahan, terus rebus sahaja. Buka api dan biarkan mendidih.
  3. Kemudian masukkan garam dan perasa, ikut cita rasa masing-masing.
  4. Sambil tunggu kuah mendidih, tumbuk bawang merah dan cili. Kemudian potong asam limau bersama daun ketumbar, nak letak daun sup pun boleh juga.
  5. Selepas itu masukkan bahan di atas dalam mangkuk. Bila sup dah masak tuang kuah sup dalam mangkuk. Sup Darat Sup Darat Sup Darat

Dah siap Sup darat kita. Boleh terus makan, makan waktu sup masih panas. Memang berpeluh-peluh dan lepas makan biasanya badan akan jadi lebih segar.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba dan menikmati buat para penikmat semuanya.

Sumber: Nur Amalyna Zuradi

Baca juga: Beza Masak Sambal Bilis, Sotong, Udang! Ini Tips Penyediaan Dan Petua Tepat!

tags: |