Warung yang menjual sup meletop ini terletak di belakang Kuarters Askar Jalan Puchong. Sup ini berasal daripada utara dan ditutup hanya semasa waktu solat jumaat sahaja.
Resepi sup ini datangnya daripada utara. Sos cili yang diletakkan di dalam sup ini adalah buatan kedai itu sendiri dan tidak di dapati di mana-mana kedai. Di sini juga terdapat pelbagai jenis sup seperti sup ayam, sup tulang, sup daging, sup spesial, sup campur dan pelanggan juga boleh memakan nasi putih bersama sup.
Seperti namanya sup meletup, kedai ini di kunjungi dengan pelanggan tanpa putus kerana supnya yang lazat dan harga yang murah. Kandungan yang disediakan di dalam sup juga amat padat dan pemilik kedai tidak kedekut dalam memberi isi-isi yang ada di dalam sup.
Tonton video di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tempat ini:
Kredit: Hypp Inspirasi