RESEPI SUP TAUHU JEPUN

Mesti kerap makan sup tauhu jepun di kedai? Apa kata cuba buat sendiri di rumah. Tauhu jepun memiliki bentuk atau tekstur yang lembik serta lembut. Ia sangat berbeza dengan tauhu biasa. Jika anda teringin menghidangkan makanan ini dirumah ada baiknya anda mencuba resepi yang ingin kami kongsikan. Ia amat mudah dan senang.

RESEPI

  • 2 tiub tauhu jepun (digaul dengan tepung jagung dan digoreng)
  • 2 ulas bawang putih
  • 500ml air
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sb tepung jagung (dicampur dengan sedikit air)
  • 1 biji telur
  • 1 sb sos tiram
  • sayur-sayuran pilihan
  • 1 sk garam
  • lada sulah (optional)

CARA PENYEDIAAN

  1. Salut tauhu dengan tepung jagung
  2. Goreng tauhu sehingga kuning keemasan
  3. Tumis bawang putih
  4. Masukkan air 500ml, kiub pati ayam, sos tiram, tepung jagung, telur
  5. Masukkan dada ayam, sayur pilihan ( biarkan selama 3 minit )
  6. Masukkan sedikit garam dan tauhu jepun

SIAP ! SELAMAT MENCUBA

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 13 times!)