Keenakan sushi yang dibuat segar setiap hari dan dijamin halal oleh Sushi King memang sukar untuk ditandingi.
Khas untuk penggemar sushi, restoran Jepun kegemaran rakyat Malaysia ini kembali lagi dengan tawaran Sushi Bonanza serta pelbagai potongan diskaun yang menarik!
Jom kita tengok promosi Sushi Bonanza yang akan datang bermula esok serta promosi terkini dari Sushi King!
Berita baik untuk penggemar sushi, jom serang cawangan Sushi King kegemaran anda bermula 18 Julai hingga 21 Julai 2022!
Nikmatilah 43 pilihan sushi yang cukup menyelerakan dengan harga RM 3.18 sepinggan. Waktu nilah anda boleh makan sushi berpiring-piring!
Jangan lupa untuk sertai pertandingan Spin & Win untuk peluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM 300,000!
Tawaran ini sah di semua lokasi Sushi King di Semenanjung Malaysia. Jangan lupa ajak geng sushi anda!
Nak nikmati set hidangan Sushi dengan harga serendah RM 11.48? Jom nikmati tawaran menu terbaru dari Sushi King daripada rangkaian Easy Bites.
Sesuai untuk dinikmati untuk santapan brunch, rebutlah peluang untuk nikmati pelbagai hidangan yang cukup menyelerakan dari 10.00 pagi hingga 11.30 pagi dengan harga istimewa.
Antara menu yang ditawarkan dalam pilihan Easy Bites adalah :
California Maki Set (RM 11.48)
Salmon Maki Set (RM 17.28)
Kitsune Udon Set (RM 11.48)
Tori Udon Set (RM 11.48)
Menariknya menu yang ditawarkan! Jom dapatkan Easy Bites pada setiap hari bekerja di cawangan Sushi King terpilih!
Belum jadi member Sushi King? Daftarlah hari ini untuk nikmati diskaun 20% sempena Happy Hour untuk semua menu yang ditawarkan!
Jom dapatkan potongan harga menarik untuk hidangan Jepun kegemaran anda pada setiap hari bekerja dari 3.00 petang hingga 6.00 petang.
*Tertakluk pada terma dan syarat.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom serbu Sushi King bermula esok untuk nikmati Sushi Bonanza dengan rakan dan keluarga! Jangan lupa untuk daftar sebagai ahli Sushi King, tau! Pelbagai menu menarik dengan potongan harga istimewa turut menanti anda.
Ikutilah laman Facebook Sushi King untuk ketahui promosi menarik serta menu terkini. Jom ke Sushi King hari ni!