Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » Kena dengan Tekak Melayu, Kedai Ini Tawarkan Sushi Durian dan Sushi Satay, Sesuai Dengan Citarasa Tempatan

Kena dengan Tekak Melayu, Kedai Ini Tawarkan Sushi Durian dan Sushi Satay, Sesuai Dengan Citarasa Tempatan

Kategori: ,

Sushi adalah salah satu makanan Jepun yang cukup popular di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Namun, ia bukanlah makanan yang diminati oleh sesetengah orang kerana rasanya yang mungkin tidak kena dengan tekak orang Melayu.

Atas idea yang bernas seorang peniaga lokal, Sushika tampil dengan pelbagai menu sushi yang serba unik dan sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia.

Kalau nak tahu, kedai ini agak popular di kalangan selebriti dan influencer, tau! Yang paling penting, sushi ini adalam produk muslim dan 100% dijamin halal!

Sushika Ada Macam-Macam Menu Unik!

Bukan setakat sushi satay yang lengkap dengan kuah kacang yang kedai sushi ini tawarkan, malah anda pasti terkejut dengan aneka menu yang unik di sini.

Antara pilihan menu sushi yang anda hanya boleh jumpa di Sushika adalah sushi rendang daging cili api, sushi serunding dan sushi durian.

Sushi durian ini pula bermusim dan hanya disediakan pada musim durian. Tak lama lagi adalah tu! Pada bulan kemerdekaan pula, Sushika tawarkan menu Set Merdeka yang berperisa Salted Egg. Meriah betul, siap ada sushi dengan warna bendera Malaysia lagi!

Sushika

Selain menu unik dan seasonal yang cukup menarik, anda juga perlu cuba menu sushi bestseller dari Sushika iaitu Ayam teriyaki, Udang Tempura dan Octopus Prime. Memang padu!

Tak ketinggalan juga menu-menu sushi lain yang tak kurang hebatnya seperti Smokey Cheesy Octopus, Smokey Chiken Teriyaki dan Prawn Dragon Tempura. Intin penuh, rasa premium tapi tak muak!

Sushika

Bagi penggemar Mentai Rice, jangan lupa untuk cuba Salmon Cheesy Rice dan Beef Cheesy Rice yang sangat popular di sini. Sangat berlemak dan pasti membuatkan anda ketagih!

Sushika

Drive Thru Sushi Pertama di Malaysia!

Sushika Sushika

Jangan tak tahu, selain menawarkan menu yang cukup menarik, kedai sushi dengan menu unik juga adalah jenama sushi pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan pesanan melalui pandu lalu (drive -thru).

Pesan je dekat tingkap, bayar dan dapatkan pesanan. Senang sangat, kan? Siapa yang ada berdekatan Seksyen 14, Shah Alam, bolehlah singgah!

Menarik betul menu yang ditawarkan di Sushika, terliur dibuatnya! Jadi, tunggu apa lagi, jom sokong jenama sushi tempatan ni. Dijamin lazat dan ditanggung halal!

Kalau tak dapat ke drive-thru, anda boleh buat pembelian menerusi Facebook, Instagram atau laman web rasminya.

Jangan tak tahu, kedai sushi ini juga sangat aktif membuka booth di kawasan Lembah Klang. Ada kalanya, Sushika juga buka order untuk pelanggan di utara tau! Kalau nak tahu destinasi Sushika yang seterusnya, kenalah ikuti laman media sosial mereka. Tak sabar nak cuba!

Facebook : Sushika Malaysia

Instagram : sushika_hq

Laman Web Rasmi : sushikahalal.my

Lokasi Sushika Drive-Thru

Alamat : G-01 Studio, 14, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi : Setiap hari, 11.00 pagi sehingga 7.00 malam. Tutup setiap Isnin.

tags: