Rasanya semua rakyat Malaysia sudah mengenali susu pisang Nilofa. Ianya sering mendapat perhatian daripada pelbagai golongan umur. Manakan tidak, rasa susunya yang sedap memang menambat hati semua orang. Kini susu pisang tersebut digabungkan bersama dengan minuman Chatime yang dikenali dengan NILOFA Dalgonana.
Chatime bekerjasama dengan Neelofa lancarkan minuman NILOFA Dalgonana
Nikmati kelazatan yang unik dari NILOFA Dalgonana Series yang hadir dengan dua perisa yakni Dalgona Nilofa Banana Milk Tea & Dalgona Nilofa Banana Chocolate.
Istimewa resepi ini diadun mesra bersama DNA teh Chatime dari ladang teh Taiwan, serbuk koko premium yang juga dari Taiwan dan DNA puree susu pisang Nilofa yang mendominasi rasa perisa pisang dalam dua perisa minuman ini. Dapatkan sekarang di cawangan Chatime seluruh Malaysia.
SNAP SNAP terus menang! Mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2020
Setiap pembelian NILOFA Dalgonana di mana-mana outlet Chatime di Malaysia, anda berpeluang untuk menangi hadiah yang menarik daripada mereka setiap bulan sehingga tarikh tutup penyertaan.
Cara penyertaan adalah:
- Anda perlu selfie dengan air Nilofa Dalgonana
- Post gambar selfie tersebut di laman social media anda (pastikan posting tukar ke PUBLIC (bukan PRIVATE) sehingga tarikh tutup penyertaan
- Setiap posting selfie perlulah sertakan hashtag #nilofatime
Jangan lupa tau! SNAP SNAP terus menang!