Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tahukah Anda Susu Pekat Manis BUKAN Susu, Ia Adalah Konspirasi Gula Semata-Mata!

Tahukah Anda Susu Pekat Manis BUKAN Susu, Ia Adalah Konspirasi Gula Semata-Mata!

Kategori: ,
susu pekat manis bahaya

Rupa-rupanya masih ramai yang tidak tahu bahawa susu pekat manis yang dijual dipasaran bukan susu. Ia adalah konspirasi gula semata-mata. Kandungan gula di dalam satu tin Susu Pekat Manis boleh mencapai sehingga 45%. Manakala kandungan susu hanyalah 10%. Selebihnya adalah bahan-bahan lain dan minyak sahaja.

Susu Pekat Manis ini sebenarnya diproses dengan menambah GULA yang bertindak sebagai pengawet bagi memastikan ia tahan lama. Ia boleh bertahan sehingga bertahun-tahun lamanya sekiranya penutup tin tidak di buka. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan mikroorganisma di dalam susu mati lalu mengekalkan tahap sterile susu tersebut.

Pemasaran Produk Susu Pekat Manis

Seperti mana produk konspirasi gula yang lain. Produk Susu Pekat Manis ini dikatakan mengandungi bahan atau kandungan yang berkhasiat seperti rendah lemak, vitamin D, vitamin A, vitamin B, lebih Calcium, Extra% dan lain-lain khasiat yang mana menarik minat orang ramai untuk menggunakannnya.

Pemasaran produk Susu Pekat Manis yang terlalu menyakinkan inilah yang menyebabkan pengguna tertipu dan merasakan ia adalah produk yang berkhasiat dan baik. Malah ada ibu bapa yang memberikan bayi dan kanak-kanak mereka susu ini. Di mana susu ini dibancuh dan dimasukkan ke dalam botol susu dan diberikan kepada anak-anak.

Adakah Anda Pengguna Tegar Susu Manis?

Adakah anda pengguna tegar susu manis? Sekiranya ya, fikirkan semula. Kajian membuktikan bahawa penggunaan Susu Pekat Manis didalam minuman merupakan penyumbang utama kepada penggunaan gula tambahan berlebihan setiap hari.

Akibat daripada penggunaan gula yang berlebihan ia boleh menyebabkan pelbagai masalah yang timbul. Antaranya adalah obesiti, penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Tahukah anda kira-kira 4% sehingga 7% pesakit kencing manis di potong kaki dan jarinya akibat daripada komplikasi kencing manis ini. Pada sesiapa yang pernah melihat dan menghidu bau dari kaki Diabetic Food Ulcer Pasti tahu dan ingat bau tersebut selama-lamanya. Oleh itu berhati-hatilah. Ingat Susu Pekat Manis , Ingat Diabetes dan kesan-kesanya.

Sumber: Public Health Malaysia

Baca juga: Makanan PEDAS Memudaratkan Kesihatan? Sihat Atau Bahaya? Jom Ikuti Penjelasannya..

tags: |