Syahmi Sazli merupakan antara Youtuber yang sangat terkenal dan mendapat tempat dihati rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi golongan muda. Setiap video yang dihasilkan memang sangat menarik orang ramai untuk menonton.
Walaupun hanya menggunakan dialog Kelantan, video yang dihasilkan olehnya itu tetap ditonton oleh setiap pelusuk negeri. Namun daripada seorang Youtuber, Syahmi mencuba dunia perniagaan di Shopee pula sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan.
Selama hampir 5 bulan tidak membuat video, Syahmi fokus berniaga di Shopee. Bermula dengan menjual minyak wangi kenderaan di Shopee sehinggalah kepada kuah mukbang. Kebanyakan barangan yang dijual itu adalah barangan orang lain.
Menerusi video yang ditemu ramah oleh mStar, Syahmi ditanya apakah dia akan mengeluarkan produk berjenama sendiri. Namun menurut Syahmi, setiap kali dia menjual produk sendiri ianya tidak menjadi. Salah satu produk yang pernah dijualnya adalah santan namun ianya tidak berjaya.
Oleh sebab itu, buat masa sekarang dia hanya fokus kepada menjual barangan orang lain sahaja. Akui Syahmi pendapatan daripada berniaga adalah lebih tinggi berbanding Youtube.
Menurut Syahmi lagi, beberapa hari yang lepas dia telah menandatangani perjanjian untuk mengarahkan filem yang kedua. Selepas filem Mael Totey The Movie, ini adalah filem yang kedua yang bakal diarahkan dan dilakonkan juga oleh dia.
Hebat sungguh kan anak jati Kelantan ini. Didoakan semoga Syahmi Sazli semakin maju dan berjaya. Tetap humble dan dikenali sehingga ke pelusuk dunia suatu hari nanti.
Sumber: mStar
Baca juga: “Bagus Bini Dia…” Isteri Syahmi Sazli Dipuji ‘Tak Geli’ Cuci Muntah Asif