Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » “Jangan Ajar Yang Bukan-Bukan..” – Tabur Roti Dalam Kereta, Ramai Hairan Lihat Tindakan Lelaki Ini

“Jangan Ajar Yang Bukan-Bukan..” – Tabur Roti Dalam Kereta, Ramai Hairan Lihat Tindakan Lelaki Ini

Kategori:
tabur roti

Roti menjadi barang dapur yang wajib ada di rumah. Ia boleh dimakan secara kosong atau bersama jem untuk menggalas perut yang kosong serta boleh digunakan dalam pelbagai jenis resepi.

Namun, kenaikkan harga roti di pasaran membuat ramai resah. Perkara itu juga membuat mereka berjimat-cermat dan hanya mengambilnya ketika perlu. Namun, ada juga yang menggunakannya untuk kegunaan lain.

“Jangan Ajar Yang Bukan-Bukan..” – Tabur Roti Dalam Kereta, Ramai Hairan Lihat Tindakan Lelaki Ini

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna, hilmiezam yang telah membeli sebuku roti dan menghabiskannya untuk kegunaan lain.

Menurutnya, akhir-akhir ini keretanya mempunyai bau kepam dan kurang menyenangkan. Tak tahan dengan bau tersebut, dia mencuba macam-macam petua untuk menghilangkannya.

Walaupun begitu, semuanya tidak berhasil dan keretanya masih mempunyai bau itu. Mencari lagi petua di laman internet, dia menemui satu perkongsian yang mencadangkan untuk menggunakan kepingan roti. tabur roti tabur roti

Ingin terus berusaha, dia membeli sebuku roti dan meletakkan kesemuanya di dalam kereta, ada juga menyumbatnya di dalam bolong penghawa dingin.

“Bukan membazir tapi terpaksa nak hilangkan bau dalam kereta, macam-macam cara guna, ini salah satu ikhtiar.”, jelasnya, sedar tindakannya mungkin kelihatan pelik dan dikatakan membazir oleh orang ramai.  tabur roti

https://www.tiktok.com/@hilmiezam/video/7139406174918593819?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@hilmiezamBukan Membazir Tapi Terpaksa Nak Hilangkan Bau Dalam Kereta, Macam2 Cara Guna , Ini Salah Satu Ikhtiar 😭😭♬ Tiba-tiba – Quinn Salman

Melihatnya, orang ramai turut cadangkan beberapa petua lain yang mungkin boleh membantunya menyelesaikan masalah tersebut.

“Dulu lepas terendam banjir, kereta bau kepam. Saya letak kopi, arang, daun pandan, beli charcoal dehumidifier. Boleh la hilang bau tak best.”, kongsi pengguna Mun Chun Hyung.

Petua Lain Juga Berkesan tabur roti

Ada juga yang cadangkan lelaki itu terus membawa kereta ke kedai yang menyediakan perkhidmatan mencuci. Pekerja boleh memberi perkhidmatan yang lebih teliti dan pencucian yang berkesan.

Kalau Tak Hilang Memang Kena Bawa Pergi Cuci tabur roti

Anda pernah cuba ke petua ini? Betul ke tabur roti dalam kereta mampu hilangkan bau? Bila dah terdesak memang segala petua sanggup dicuba. Jadi kalau anda nak jimat duit dan tak mahu pergi bawa kereta ke tempat cuci kereta, mungkin boleh pinjam tips abang ini.

Tapi jangan buat dekat luar pula, nanti tak pasal-pasal pula kena kecam. Baik buat dekat rumah.

Kredit: hilmiezam

Baca Juga: Tak Puas Hati Makanan Sampai Paling Lewat, Lelaki Ini Cari Gaduh Dengan Robot Pelayan

tags: | | |