Tag: tempoyak durian

Tempoyak durian adalah sejenis makanan yang popular di Malaysia dan Indonesia. Tips nak beli durian untuk buat tempoyak. Biasanya orang beli durian yang dah direjek dekat kedai untuk buat tempoyak. Kemudian, isi-isi durian itu dikumpul dan diperam selama beberapa hari (3-5 hari) pada suhu bilik.

Tempoyak durian ini biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi dimasukkan ke dalam hidangan sebagai pembuka selera dan aroma. Kalau anda jenis minat budu, masukkan tempoyak sekali dalam budu, gaul sekali dengan lada, bawang & limau nipis. Selera!

Terdapat pelbagai jenis senarai masakan berasaskan tempoyak yang boleh anda gunakan dalam hidangan bersama keluarga. Langkah penyediaannya juga sangat ringkas dan mudah.

Antara resepi yang memukau selera dan menjadi kegemaran ramai ialah ikan patin masak tempoyak atau sambal tempoyak. Kedua-dua menu ini ringkas dimakan bersama nasi, ulam-ulaman dan ditambah pula dengan sambal belacan. Confirm tambah nasi. Betul tak?

Khas untuk peminat tempoyak. Jom tengok senarai resepi berasaskan tempoyak durian yang disediakan dibawah untuk inspirasi anda!

Selamat mencuba!

Welcome Back!

Login to your account below

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist