Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Tips Untuk Hasilkan Tempoyak Durian Yang Tak Berkulat & Tahan Lama, Nak Bagi Rasa Lemak Pun Ada Petua Tau!

Tips Untuk Hasilkan Tempoyak Durian Yang Tak Berkulat & Tahan Lama, Nak Bagi Rasa Lemak Pun Ada Petua Tau!

Kategori: ,
cara hasilkan tempoyak durian

Seperti yang diketahui umum, tempoyak durian merupakan antara makanan yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Melayu kita. Tempoyak ini berasal daripada buah durian yang disimpan di dalam bekas untuk beberapa ketika.

Bau tempoyak durian ini sebenarnya sangat kuat dan bagi penggemar tempoyak, tidak sah jika tiada makanan ini dalam setiap hidangan. Selain diletakkan di dalam masakan berkuah seperti Ikan Patin, ianya juga seringkali dimasukkan ke dalam sambal atau budu.

Harga bagi sebekas kecil tempoyak durian adalah agak mahal dan kebiasaannya mereka akan mengambil peluang yang ada sepanjang musim durian bagi membuat tempoyak. Dengan cara ini ianya lebih menjimatkan. Lagi satu kalau dibuat sendiri, ianya boleh disimpan untuk satu tempoh yang agak lama jika kena pada caranya.

Nak tahu bagaimana cara dan tips penting bagi menghasilkan tempoyak yang tidak berkulat dan tahan lama? Bukan sahaja tahan lama malah rasanya juga lebih lemak dan berbau wangi. Untuk mengetahui tips dan petua penting tersebut, jom kita ikuti perkongsian dari Mayang Suri di bawah ini.

Petua Untuk Hasilkan Tempoyak Yang Tahan Lama Dan Tak Berkulat

Saya nak share cara buat tempoyak supaya tak berkulat dan tahan lama. Sebenarnya tempoyak ni masam, tapi ada orang dia lebih suka dengan rasa durian bukan masam kan.

Kalau yang suka dengan rasa durian wangi lemak tak nak masam. 1@asingkan isi dan biji masukan dalam bekas terus masukan dalam peti sejuk yee. Untuk makan harian masukkan dalam bekas asing. Untuk simpanan masukan bekas lain letak tempat beku. Yang ini cara buat tempoyak, ni betul-betul tempoyak ye yang rasa masam dan boleh tahan bertahun.

Cara & Teknik Betul Buat Tempoyak Durian:

Bahan-bahan:

  • Durian
  • Garam

Cara Penyediaan:

  1. Asingkan durian dengan bijinya. Yang ini tempoyak masam tau. Kalau tak nak masam, selepas asingkan biji dengan isi terus simpan dalam bekas dan letak dalam peti sejuk.
  2. Masukkan ke dalam penapis.
  3. Toskan dan biarkan 2 malam. Letak di luar peti ais.
  4. Masukkan garam secukupnya jangan terlalu masin. Gaul rata.
  5. Akhir sekali simpan dalam balang. Boleh letak penuh sebab gas dia dah keluar. Sebelum tutup bekas, tabur sedikit gula.
  6. Dah okey semua, bolehlah simpan dalam peti ais. 

Mudah sahaja kan nak buat tempoyak durian ini? Jadi buat anda yang hantu tempoyak tu, bolehlah cuba dan praktikkan sendiri di rumah seperti mana yang dikongsikan oleh Mayang Suri ini. Semoga ianya sedikit sebanyak membantu anda untuk mendapatkan rasa tempoyak yang enak dan paling penting boleh tahan lama.

Musim durian pun tidak lama lagi, jadi jom kita buat persediaan dan buat tempoyak banyak-banyak. Kalau tak habis nak makan pun, boleh buat jualan. Bila tempoyak yang kita buat sedap dan menjadi pasti ianya mendapat sambutan hangat. Orang pun akan selalu hendak beli dengan kita.

Semoga bermanfaat! 

Kredit: Mayang Suri 

Baca juga: Resepi Ikan Patin Tempoyak Asli Temerloh, Lagi Pekat Kuah Lagi Sedap Dan Menyelerakan, 3 Bahan Ini Wajib Ada!

tags: |