Pasti ada dalam kalangan kita yang pernah mengalami kejadian yang menyeramkan. Tidak kiralah sama ada di asrama, hotel dan rumah. Berlaku di dapur juga pasti ada yang pernah kan. Lebih-lebih lagi yang suka memasak lewat malam.
Kejadian yang menyeramkan ini juga berlaku kepada seorang wanita yang dikenali dengan nama Qistina Tyna. Menurut Qistina dia mengupas bawang merah waktu tengah malam buta untuk dibuat sambal nasi lemak. Sambil menonton cerita tahyul tiba-tiba dia menemui bawang yang berupa menyeramkan.
Mungkin kerana berasa takut atau pun seram dengan kejadian tersebut dia lantas mencampakkan pisau, menutup televisen dan tidur.
Mungkin ianya kedengaran agak biasa. Namun bukan bagi individu yang mudah takut. Ditambah pula dengan suasana malam kelam dan ditemani dengan cerita hantu. Memang menggerunkan, bukan?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian Qistina ini. Malah ada juga yang meninggalkan komen, mengaitkan bawang berupa seram tersebut kerana disumpah.
Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang turut meninggalkan komen berkenaan dengan ikan pari yang pernah viral kerana disumpah sewaktu ketika dahulu.
Mungkin jika dilihat pada siang hari tidak memberikan apa-apa impak kepada Qistina atau pun individu lain. Walaubagaimanapun, tetaplah berhati-hati. Kalau boleh tengah malam tu tidur je. Elakkan daripada memasak kerana bimbang jika terjadi perkara yang tidak diingini.
Kredit: Qistina Tyna Via MATJHN
Baca juga: Bawang Putih Bakar Lebih Sedap, Rasa Macam Kacang. Wanita Ini Kongsi Cara Bakar Yang Betul