Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tak Expect Sampai Camni..”, Tak Mahu Beratur & Tunjuk Perangai ‘Buruk’, Wanita Ini Kecewa Dengan Sikap Setengah Pengguna

“Tak Expect Sampai Camni..”, Tak Mahu Beratur & Tunjuk Perangai ‘Buruk’, Wanita Ini Kecewa Dengan Sikap Setengah Pengguna

Kategori:
TAK MAHU BERATUR

Menjelang musim perayaan, pasaraya akan menjadi sesak dengan orang ramai memandangkan semua berebut-rebut untuk mendapatkan barangan keperluan harian.

Malah, walaupun Hari Raya telah berlalu, ada juga yang masih membeli barangan bagi mengadakan rumah terbuka atau menyambut tetamu yang akan datang. Hal itu akan menjadikan pasaraya sesak dengan orang ramai dan pekerja juga tidak cukup tangan bagi menangani situasi itu.

Ketika beratur untuk membayar barangan, sudah tentu ada segelintir pihak yang akan mula hilang sabar memandangkan perlu menunggu dengan lama. Sudah berasa jemu dan membatalkan niat untuk membeli, akhirnya ada juga yang akan meninggalkan barangan yang dipilih dengan begitu sahaja di rak yang berdekatan.

Tak Mahu Beratur & Tunjuk Perangai ‘Buruk’, Wanita Ini Kecewa Dengan Sikap Setengah Pengguna

Terbaharu, sikap itu telah disaksikan oleh seorang wanita di sebuah pasaraya yang telah dikunjunginya baru-baru ini. Ke sana untuk mendapatkan barang keperluan untuk Hari Raya, dia bagaimanapun terkejut apabila melihat keadaan pasaraya itu.

Memandangkan sekarang sudah musim membeli, sudah tentu pasaraya menjadi sesak. Hal itu menyebabkan ramai terpaksa menunggu giliran untuk melakukan bayaran tapi ada yang tidak ingin tunggu dan akhirnya membatalkan niat untuk membeli.

Ingin mudah, wanita tersebut terkejut apabila ada segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab telah meletakkan barangan dapur yang dipilih di merata-rata tempat. Produk tenusu seperti telur, ais krim, keju di letakkan di rak produk mandian dan pelembut kain. Malah, daging yang telah siap ditimbang dan ditampal harga juga ditinggalkan dengan begitu sahaja. Hal itu boleh merosakkan kualiti barang dan menyusahkan pekerja.

Melihat sikap buruk segelintir pengguna, wanita itu berasa sangat kecewa. Nasihatnya, jika membatalkan niat untuk membeli, sekurang-kurangnya mereka perlulah lebih bertanggungjawab dan mengembalikan barangan yang diambil ke tempat asalnya.

@cp_suraya

makannn sjuk beku..brg basah.. ltk la blik dkt area sjuk beku… klu yg mudh pecah tu..letk la tmpt elok2 skit klu xjd amik pun.. 😓😓

♬ original sound – Babyboss🍺 – Babyboss🍺

@shaz_o87makannn sjuk beku..brg basah.. ltk la blik dkt area sjuk beku… klu yg mudh pecah tu..letk la tmpt elok2 skit klu xjd amik pun.. 😓😓

♬ original sound – Babyboss🍺

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut kecewa melihat sikap segelintir pengguna yang dikatakan tiada sivik. Jika tidak jadi membeli, sekurang-kurangnya jangan sehingga berbuat begitu kerana hal itu boleh menyusahkan ramai pihak.

“Langsung Takde Sivik..” TAK MAHU BERATUR

Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, seharusnya kita tidak mempunyai sikap sebegitu. Hal itu boleh mencerminkan diri sendiri dan menyusahkan pekerja yang sedang sibuk dengan tugasan lain.

Kredit: Shaz_o87

Baca Juga: Hadiah Sehingga RM15K Menanti Anda, ShopeeFood Day Kini Kembali Dengan Pelbagai Diskaun & Promo Menarik

 

tags: | | |