Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tak Nak Nasi Lemak Tapi Nak Nasi Ayam..” Lelaki Ini Kecewa Dengan Sikap Segelintir Mangsa Banjir Yang ‘Demand’

“Tak Nak Nasi Lemak Tapi Nak Nasi Ayam..” Lelaki Ini Kecewa Dengan Sikap Segelintir Mangsa Banjir Yang ‘Demand’

Kategori:
tak nasi lemak

Memandangkan banjir yang menimpa beberapa daerah di Selangor agak teruk sehingga menyebabkan kemusnahan yang luar biasa. Rata-rata penduduk terpaksa berteduh di Pusat Pemindahan untuk seketika. Namun ada juga yang tetap tinggal di kediaman mereka sendiri.

Ekoran itu ramai orang awam dan sukarelawan yang tampil menghulurkan pertolongan seperti menyelamatkan mangsa yang terperangkap serta membahagikan makanan. Sewaktu proses membahagikan makanan kepada mangsa-mangsa banjir ini, seorang lelaki bernama Shahir sempat berkongsi kisah kecewa dan sedih seorang sukarelawan.

Mangsa banjir demand, tak nak nasi lemak nak nasi ayam

Menerusi video yang dikongsikan oleh Shahir menerusi aplikasi TikTok, sukarelawan tersebut menceritakan ada segelintir penghuni yang tinggal di kawasan lebih tinggi ini cukup malas untuk turun mengambil makanan walaupun ianya diberikan secara percuma. Lebih mengecewakan lagi adalah mereka ini demand, tak nak nasi lemak biasa. Nak nasi ayam yang mana ada lauk.

Bukan itu sahaja malah ada di antara mereka ini menolak untuk menerima makanan yang mana bungkusannya terkena percikan air. Di saat gentir sedemikian rupa pun masih ada yang memilih. Jelas kelihatan di wajah lelaki berkenaan rasa kecewa yang teramat sangat.

https://www.tiktok.com/@shahir_ahmad98/video/7044379906213530907?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274

@shahir_ahmad98Balas kepada @seluarpanjangpanj♬ original sound – Alan Sway

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari kalangan warga TikTok. Ada yang beranggapan orang bandar ini tidak pernah kena musibah. Tidak kurang juga ada yang sedih apabila mendengar apa yang diceritakan oleh abang ini.

Orang bandar tak pernah kena musibah..

Masih tak bersyukur..

Dalam masa yang sama ada juga warga TikTok yang berasa geram kerana seolah-olah pertolongan yang dihulurkan langsung tidak dihargai walaupun dalam keadaan gentir begitu.

Terkedu seketika apabila mendengar apa yang disampaikan oleh lelaki ini. Sepatutnya terima sahaja apa yang ada, sekurang-kurangnya masih ada yang hendak menolong dan hulurkan bantuan. Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Kredit: shahir_ahmad98

Baca juga: “Sebak Tengok Anak-Anak..”, Kerana Lapar Keluarga Ini Masak Maggi Pakai Air Mineral Dan Panaskan Atas Bumbung Rumah Undang Sebak Warganet!

tags: |