Seperti yang diketahui umum, ada beberapa kawasan di seluruh Malaysia sedang dinaiki air akibat hujan yang berterusan. Menurut laman rasmi info banjir, paras air di beberapa daerah di 5 buah negeri iaitu Johor, Pahang, Selangor, Terengganu dan Sabah telah memasuki paras bahaya.
Di media sosial juga tular video-video pengguna jalan raya yang terkandas akibat banjir di kawasan-kawasan yang terlibat. Antara salah satu video yang menarik perhatian ramai adalah rakaman oleh seorang pemandu lori yang terkandas di sebuah jalan yang telah dinaiki air.
Dalam video itu dilihat pemandu tersebut sedang merebus air untuk masak mi segera di dalam lorinya dengan menggunakan dapur mudah alih. Video tersebut telah meraih hampir 4 ribu retweets dan tanda suka.
wei abang ni steady je masak maggi dulu pic.twitter.com/74OU01RW41
— Flux (@flux_z) January 3, 2021
Siap Masak Maggi Dalam Banjir, Siap Ajak Abang Bomba Makan Sekali
Apa yang membuat video itu lebih mencuit hati adalah apabila muncul 2 orang pasukan bomba yang terkejut melihat lelaki itu sempat memasak maggi, malah turut dijemput untuk makan bersama.
Salah seorang abang bomba tersebut mengaku lapar tetapi beliau perlu melakukan tugas menyelamat dan turut bertanya samaada pemandu itu ingin keluar atau duduk di dalam lorinya.
Namun pemandu lori itu memilih untuk makan terlebih dahulu membuatkan ramai terhibur dengan tindakannya yang rilek walaupun dalam keadaan seperti itu.
“Siap ajak suruh naik makan dulu, steady…”
dia "cak" kan abang bomba tu, pastu dia ajak suruh naik makan dulu. paling steady setakat ni🤣🤣🤣🤣 https://t.co/cWy4vbWL1b
— FaqihahRahaman (@FaqihahRahaman) January 3, 2021
“Penat-penat berenang nak selamatkan…”
Abang bomba be like "haram sungguh penat2 aku berenang nk selamatkan dia, dia boleh rilek masak maggi" 😂😂
dia punya cak abang bomba tu takleh blah😂 https://t.co/QkStXZ8EZX
— faa (@ifashr) January 3, 2021
“Kalau aku abang bomba aku join, makan maggie panas-panas sedap ni..”
Kalau aku abang bomba tu aku join sekali melantak maggie. Tgh sejuk makan megie panas panas sedap ni 🤣 https://t.co/AH8E5VPqGy
— Fiefy Hussein 🌻 (@syafiekahhusin) January 3, 2021