Memasak bukanlah sesuatu yang mudah dan bukan juga sesuatu yang susah. Ada yang tidak suka memasak sama sekali kerana menganggap ia merupakan satu perkara yang melecehkan. Memasak ini bukanlah untuk wanita sahaja, malah lelaki juga ramai yang mahir dalam bab memasak.
Lihat sahaja di restoran, kedai makan atau pun hotel pasti banyak para lelaki yang menjadi tukang masak. Masakan yang disediakan oleh tukang masak lelaki ini memang sering kali mendapat pujian orang ramai. Malah jika ada yang menganggap bahawa semua wanita mahir atau pandai dalam bab masak, ia adalah salah sama sekali.
Bukan semua wanita pandai memasak dan begitu juga dengan wanita yang sudah bergelar isteri. Akan ada yang masih tidak pandai memasak walaupun sudah mempunyai suami. Namun demi menjaga hati dan perut suami tersayang, pasti wanita yang sudah bergelar isteri ini sanggup belajar dan sentiasa menyediakan masakan buat suami tersayang.
Terbaharu, ada seorang wanita yang sempat berkongsi sebuah video di aplikasi TikTok berkenaan dengan dia menyiapkan hidangan untuk suami. Antara yang dihidangkan kepada suaminya adalah sayuran dan udang dimasak bersama bebola ikan dan ada satu lagi hidangan yang mana sangat menarik perhatian ramai.
@siigitomCuba jadi isteri yang baik untuk suami 🥰🥰 ##hbbeautystudio ##supikanterminal ##siigitom ##inanam♬ original sound – mruneek323
@siigitom Cuba jadi isteri yang baik untuk suami 🥰🥰 #hbbeautystudio #supikanterminal #siigitom #inanam
Hidangan tersebut adalah ayam goreng. Apa yang membuatkan warga TikTok tertarik adalah apabila ayam goreng berkenaan tidak seperti yang biasanya kerana ayam berkenaan sudah hangit.
Walaupun ayam hangit namun demi menjaga hati isteri tersayang lelaki berkenaan tetap menikmati hidangan tersebut. Malah dia juga tidak ketinggalan sempat menyindir mengenai hidangan itu. Sambil ketawa wanita berkenaan menyakinkan suaminya bahawa ayam goreng tersebut tetap enak meskipun kulitnya hitam.
@siigitomTq masi mencuba kekurangan si isterimu ni 🥰🥰 ##hbbeautystudio ##supikanterminal ##siigitom ##inanam ##kotakinabalu ##sabah♬ original sound – Sii Gitom
https://www.tiktok.com/@siigitom/video/6889204890258722050?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=6889204890258722050&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati dengan situasi tersebut. Malah ada juga warganet yang kagum dengan semangat wanita berkenaan yang ikhlas menjaga perut suami.
Tidak dinafikan lagi bahawa suaminya merupakan suami yang sangat sporting dan nampak gayanya tetap menjaga perasaan isterinya. Lihat sahaja gelagatnya yang tetap memakan ayam hangus berkenaan.
Kredit: TikTok @siigitom
Baca juga: Makan Kepala Ayam & Tumbuk Lada Dengan Tangan, Gelagat Lelaki Ini Tarik Perhatian Netizen