Mi segera antara makanan yang mudah didapati dan disediakan. Bukan saja kerana itu, rasa kuah mi segera yang sangat sedap boleh buat kita ketagih!
Namun, ramai yang sudah maklum bahawa mi segera ada padahnya jika selalu dimakan. Kandungan garam dan MSG yang tinggi pada perencah mee segera merupakan antara sebab ianya sangat memudaratkan kepada kesihatan.
Jika anda ingin menjaga kesihatan tapi masih mahu menikmati semangkuk mi segera, boleh buang saja serbuk perencah itu dan cuba resepi oleh seorang warganet ini. Tak perlu perencah, mi segera asam laksa yang menggunakan bahan-bahan autentik ini lebih sedap.
1. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah dan ikan dalam periuk. Rebus hingga bahan masak atau jadi bahan jadi lembut.
2. Asingkan isi ikan dan ketepikan dulu. Tulangnya dibuang.
3. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga halus. Kalau tak nak rebus, kisar pun boleh.
4. Kemudian masukkan isi ikan dan kisar. JANGAN halus. Kalau halus sangat nanti hilang tekstur ikan tersebut.
5. Masuk semula bahan yang dikisar ke dalam air rebusan tadi. Reneh sampai mendidih.
6. Masukkan pula daun kesum.
7. Masukkan bungan kantan yang telah dipotong. Bunga kantan dan daun kesum adalah dua bahan yang wajib ada. Barulah kuah asam laksa itu menyengat.
8. Masukkan asam keping.
9. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kalau kurang masam, boleh ditambah pes asam.
10. Bila kuah dah masak elok, boleh masukkan mi segera terus ke dalam periuk. Gaul sebati tapi jangan lama sangat. Mi segera asam laksa ini jadi sedap kalau mee masih kental. Tutup api dan hidang, siap!
Boleh lah cuba resepi ini kalau anda teringin mi segera. Nampak mudah dengan kuah yang betul-betul kaw, nikmat sungguh nanti bila cuba.
Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini.
Kredit: Mohd Rozmie
Baca Juga: Bosan Dengan Mee Segera? Jom Upgrade Mee Segera Dengan 6 Langkah Ini!