Kebersihan perlu menjadi keutamaan semua dan semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjaga kebersihan tempat atau barangan yang digunakan. Hal itu bukan sahaja dapat mengelakkan pencemaran tapi juga dapat membentuk masyarakat dan generasi yang pembersih.
Namun di kedai makan atau restoran, di kalangan kita, masih ada segelintir yang bertindak tidak bertanggungjawab dan merasakan perkara itu menjadi tugas pekerja yang ada.
Walaupun begitu, jika tempat khas telah disediakan, ia sudah menjadi tanggungjawab pelanggan untuk menyimpan pinggan-pinggan dan mengemas tempat duduk yang telah digunakan.
Mengunjungi sebuah tempat makan yang sibuk, seorang lelaki telah ke sana untuk menikmati beberapa hidangan. Namun memandangkan keadaan agak sesak dan penuh dengan pelanggan lain, orang ramai berebut untuk mendapatkan tempat duduk masing-masing.
Dengan hanya beberapa sahaja meja yang tersedia, ada yang menanda-nanda tempat dengan meletakkan barangan atau kad nombor yang ada. Namun lelaki itu berasa kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab dari beberapa pelanggan di sana.
Diperiksa tempat duduk berdekatan yang telah diguna oleh pelanggan sebelum ini, lelaki itu mendapati pinggan-pinggan dan mangkuk telah dibiarkan dengan begitu sahaja. Walaupun tempat khas telah disediakan oleh pihak restoran untuk pelanggan meletakkan pinggan dan mangkuk yang telah digunakan, tapi pelanggan itu tetap malas untuk berbuat demikian.
Hal itu sekaligus telah menyusahkan pekerja yang ada dan pelanggan lain yang ingin menggunakan tempat duduk tersebut. Tidak bertanggungjawab, sikap sebegini seharusnya tidak wujud di kalangan kita pada zaman kini. Ia juga mencerminkan kelemahan keperibadiaan diri.
@arnabgelongsor Sekarang musim cop² tempat guna nombor ke ape? Aiyohhhhh….. #ikea #ikeadamansara #makan #lepak
@arnabgelongsor Sekarang musim cop² tempat guna nombor ke ape? Aiyohhhhh….. #ikea #ikeadamansara #makan #lepak ♬ original sound – ArnabGelongsor
Walaupun diri kita ini pelanggan yang telah membayar untuk menggunakan kemudahan restoran, hal itu tidak seharusnya menjadi alasan untuk bertindak leka.
Seharusnya jika restoran telah menyediakan tempat khas untuk meletakkan pinggan dan peralatan yang telah digunakan, apa salahnya jika anda menggunakannya? Hal itu dapat memastikan operasi restoran berjalan dengan lancar.
Dengan dunia semakin bergerak maju, janganlah kita kelihatan maju di luar tapi dalaman dan keperibadian kita masih ketinggalan. Jaga kebersihan dan jadilah pelanggan yang bertanggungjawab.
Kredit: TikTok arnabgelongsor
Baca Juga: “Kena Scam Lagi..”, Baru Teruja Dapat Door Gift KFC, Akhirnya Lelaki Ini Pula Kecewa