Sebagai seorang pelanggan, perasaan seronok tidak dapat dielakkan ketika membeli. Lebih-lebih lagi apabila pembelian tersebut mempunyai hadiah percuma, rasa berbaloi sangat, kan?
Siapa sahaja tak suka pada benda percuma? Kalau boleh, hampir semua orang inginkan sesuatu percuma. Namun, tak semua benda percuma itu menarik dan berguna pada kita. Siapa yang pernah alami situasi tersebut mesti faham.
Seperti yang dikongsikan di Facebook baru baru ini, perkara melucukan telah terjadi pada Anita Natasha apabila dia telah membeli pizza. Buka dan potong sahaja pizza tengok-tengok ada free gift!
Rezeki….beli pizza dpt free tray
Update: Jgn ghisau ye…tok laki dah p pulangkan blk.
Gambar yang dimuat turun tersebut telah berjaya meraih lebih 3 ribu likes di Facebook. Menurutnya, tray yang datang bersama pizza yang dibeli merupakan rezeki yang tidak disangka. Tambahnya, orang ramai tak perlu risau kerana suaminya telah ke restoran tersebut untuk pulangkan tray itu.
Di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan perkara yang menimpa wanita tersebut. Malah, mereka turut bersimpati pada tukang masak yang semestinya cemas mencari tray tersebut.
Turut tampil beberapa warganet yang kongsikan pengalaman sama. Beli makanan tapi dapat lagi free gift yang luar biasa dari restoran!
Macam-macam free gift yang pelik-pelik warganet dapat, kan? Nasib baik bukan kerusi sofa. Kalau sekadar tray itu boleh tahan lagi.
Jika perkara sama terjadi pada anda, jangan lupa untuk pulangkan free gift tersebut. Kesian pada tukang masak, rungsing dibuatnya. Pada tukang masak pula, jangan lupa untuk berhati-hati lain kali supaya perkara sama tidak terjadi. Sama-sama lah kita pesan pada diri sendiri.
Kredit: Anita Natasha via MATJHN OFFICIAL