Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tak Sangka Ramai Tertipu! Di Sebalik Ayam Hutan Ini, Rupanya Ada Sesuatu Yang ‘Misteri’

Tak Sangka Ramai Tertipu! Di Sebalik Ayam Hutan Ini, Rupanya Ada Sesuatu Yang ‘Misteri’

Kategori:
kek ayam hutan

Kalau dilihat sekali imbas, rupa ayam hutan ini memang sama seperti ayam hutan belakang rumah. Tapi rupanya ramai yang tertipu. Ayam hutan ini tak perlu disembelih untuk dimakan kerana ianya bukanlah seekor ayam, tetapi sebuah kek.

Wah! Menarik bukan? Rupanya sebiji macam ayam hutan yang sebenar. Risau nak potong takut keluar darah! Hahaha.

Idea untuk membuat kek seperti ini hasil daripada permintaan pelanggan sendiri. Pelbagai bentuk kek yang menarik telah dibuat seperti kek berbentuk beg, kayu, gelas, binatang dan banyak lagi.

Seperti hasil kek oleh wanita ini, Dhia Aqilah telah meraih perhatian netizen kerana rupanya yang sama dengan ayam hutan hidup! Ramai yang kagum dengan hasil tangannya itu.

“Ayam hutan masak apa sedap ye?”

Netizen turut meninggalkan komen yang rata-rata kagum dengan hasil tangan empunya kek ini. Ada juga yang sempat memberi komen yang mencuit hati!

“Cantiknya ayam…”

“Macam ayam hutan belakang rumah aku..”

“Sekali pandang macam ayam betul..”

Sumber: Dhia Aqilah

tags: |