Sayur taugeh selalu ditambah dalam masakan seperti mi goreng, sup, kerabu dan sebagainya untuk memberikan tekstur yang ranggup.
Namun, tak semua orang menggemari sayur tersebut dan akan putus selera apabila ia dihidangkan dalam makanan mereka.
Tambahan, ada juga yang sangat gigih mengasingkannya dari makanan mereka seperti gadis ini.
Terbaharu, seorang gadis, coco.milcc telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi gelagat lucu kawannya.
Membungkus char kuey teow untuk dimakan, kawannya yang merupakan seorang anti-taugeh berasa geram apabila mendapati peniaga meletakkan sayur itu dalam pesanannya.
Gara-gara lapar, dia mengasingkan sayur taugeh dari char kuey teow yang dibeli. Gigih dengan tugasannya, dia mencarinya satu per satu dan berjaya kumpul begitu banyak taugeh di tepi.
Selesai sahaja dengan misinya itu, barulah kawannya kelihatan bersedia untuk menikmati char kuey teow yang dibeli dengan tenang.
https://www.tiktok.com/@coco.milcc/video/7156080143906409755?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135651056696165890
@coco.milccslay anti-taugeh clan♬ Originalton – ᥫ᭡
Di ruangan komen, orang ramai terkejut melihat tindakan kawan gadis itu yang gigih mengasingkan taugeh dari hidangan itu hingga menjadi bukit.
Malah, ada juga yang rasa dia kerugian kerana sayur taugeh ini sangat sedap bagi ramai.
“Sedekah sikit lah taugeh tu. Mana tahu kita boleh taugeh-ter nanti.”, usik seorang pengguna.
Manakala seorang netizen pula persoal, “Ya Allah, paling nikmat itu dibuangnya.”.
Memang ada yang tak suka sayur taugeh sehingga sanggup asingkan satu persatu seperti kawan gadis ini.
Jadi, anda geng anti taugeh atau peminat taugeh? Sanggup ke buat seperti ini? Rasanya lain kali elok pesan pada tukang masak untuk elakkan letak sayuran itu supaya tak adalah anda penat untuk asingkan satu persatu.
Kredit: coco.milcc
Baca Juga: Hairan Lihat Pokok Betik Belakang Rumah Makin ‘Kurus’, Wanita Ini Terkejut Lepas Tengok CCTV