Selain gandum, nasi juga merupakan antara makanan asasi manusia di dunia ini. Lebih-lebih lagi bagi penduduk negara asia seperti Thailand, Indonesia dan Malaysia. Bagi mereka yang terbiasa makan nasi setiap hari, pasti tidak lengkap rasanya jika tidak makan makanan asasi ini.
Nasi yang berasal daripada beras yang ditanam di negara Malaysia sendiri ataupun dari negara luar akan dimasak terlebih dahulu sebelum dimakan. Terdapat pelbagai jenis beras di pasaran, sama ada beras mahal dan berjenama mahupun beras biasa.
Bukan sahaja terdapat pelbagai jenis beras namun nasi juga terdapat pelbagai jenis. Antaranya nasi minyak, nasi ayam, nasi lemak dan juga nasi beriani. Rata-rata nasi tersebut merupakan antara hidangan yang digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
Berkenaan dengan nasi ini, pasti ramai dalam kalangan kita yang belum tahu taktik masak nasi supaya cepat masak. Jika sebelum ini masa yang diambil untuk memasak nasi adalah 10 minit namun jika ikut taktik ini, hanya 5 minit sahaja dah siap masak.
Nak tahu taktik tersebut? Jom kita ikuti perkongsian dari Najib menerusi group Masak Apa Hari Ni (MAHN) di bawah ini.
Taktik ini boleh menjimatkan separuh masa nasi dimasak. Jika biasa 10 minit, guna taktik ni boleh jadi 5 minit.
Cara nye gunakan air panas untuk memasak nasi. Simple je kan. Sekrang air panas mudah ambik je air coway, tuang dan sukat dalam periuk nasi macam biasa. Tutup periuk tekan start.
Lepas ni tiada masalah lagi kan kalau nak masak nasi dengan cepat dan pantas? Tapi tak kan nak taktik masak nasi dengan cepat sahaja kan? Nak juga tips lain? Jom ikuti tips masak nasi goreng supaya lambat basi di bawah ini.
Dulu kalau aku buat nasi goreng memang selalu sangat cepat basi. Kadang kita buat banyak, sebab nasi belen banyak tapi nasi yang digoreng tak sampai ke petang, basi.
Sejak aku ikut tips arwah Nawarah Abdullah, Alhamdulillah nasi goreng aku tak pernah lagi basi. Tips dia mudah je, simple sangat. Goreng nasi mesti dengan api yang paling besar, nanti nasi akan elok kering dan cukup masak.
Nak-nak lagi kalau guna bahan yang di blender, kalau tak cukup kering memang sekejap je tahan nasi goreng tu. Goreng mee atau bihun pun sama. Cuma untuk bihun kalau nak tau dia dah cukup masak, kalau dah berasap-asap macam nak terbakar dapur tu, haaa dah masak la tu.
Aku panjangkan je lah tips arwah Nawarah Abdullah ni. Moga ada sedikit pahala buat beliau.
Sangat ringkas dan terperinci kan taktik masak nasi dan tips masak nasi goreng supaya lambat basi di atas ini? Jadi jangan lupa, praktikkan perkongsian tersebut dalam urusan seharian anda. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Kredit: Najib & Zarra Alola
Baca juga: Cikgu Kebun Ini Dedah 13 Tips Buatkan Pokok Kesum Rimbun & Segar!