Ramai di antara kita yang tak suka masuk ke dapur atas beberapa sebab. Ada yang memang tiada minat untuk memasak, ada pula yang takut cedera.
Walaupun tugas memasak itu seronok, ia juga mendatangkan beberapa bahaya. Oleh itu, kita juga perlu bersedia jika berada di dapur bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
Terbaharu, seorang lelaki khairulamir.ka telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi gelagatnya yang lucu sewaktu berada di dapur.
Walaupun minat memasak, hal yang sangat digeruninya adalah minyak panas. Jadi, untuk mengelakkannya, dia mencari cara untuk mengelakkan terkena percikan minyak di atas dapur.
Puas dicari, akhirnya dia memutuskan untuk memakai tudung isteri yang labuh bagi melindungi dirinya.
Sibuk memasak sambil mengenakan tudung, tindakannya diketahui isterinya dan mereka hanya mampu gelak bersama sambil dia sambung menyediakan lauk.
@khairulamir.ka Video lama semasa masih di Malaysia, Sebelum saya pi kacau org masak di streetfood org lain asyik kacau saya masak di rumah ja. Bini saya a.k.a tukang baling tu kalau buat video pelik2 kat saya memang akan gelak x berenti. #fyp #xyzbca #fypシ #foryoupage #fypage #abangpercik
@khairulamir.ka Video lama semasa masih di Malaysia, Sebelum saya pi kacau org masak di streetfood org lain asyik kacau saya masak di rumah ja. Bini saya a.k.a tukang baling tu kalau buat video pelik2 kat saya memang akan gelak x berenti. #fyp #xyzbca #fypシ #foryoupage #fypage #abangpercik ♬ original sound – khairulamir.ka 👑
Menjengah di ruangan komen, perangai lelaki itu turut membuat ramai terhibur. Malah, ada juga yang terkedu hingga tak tahu untuk kata apa.
“Tak tau nak cakap apa la abang ni.”, keluh seorang pengguna.
Bagi anda yang takut dengan minyak panas bila berada di dapur, mungkin boleh cuba cara ini. Tapi hati-hati, jangan sampai pakai tudung kesayangan isteri pula! Mengamuk mereka nanti.
Kredit: khairulamir.ka
Baca Juga: Pelajar Jual Aiskrim Di Koperasi Sekolah Menangis Gara-Gara Disindir Kawan, Cikgu Ini Cuba Pujuk