Pressure cooker meletup. Lelaki ini seperti disimbah asid akibat terkena air daging rebusan yang meletup yang direbus di dalam pressure cooker. Lelaki yang berkongsi pengalamannya menerusi group Suami Masak Apa Hari Ini itu dikenali dengan nama Shah Sharulnizam.
Assalamualaikum semua SMAHI
Ni saya nk cerita sikit. Benda ni terjadi pada tahun lepas. 3bulan sebelum majlis nikah saya. Terjadi pada bulan 8 (26/08/19) jam 10:35am. Waktu tu saya tengah siapkan oder catering utk 40pax di cafeteria saya di bangsar. Nak setup catering pkul 11pagi. Jadi keadaan semakin singkat. Agak sedikit rushing disitu. nak dijadikan cerita, saya baru beli Pressure Cooker. Di manual book tulis, after bunyi “wisel” boleh bukak. Maknanya dah settle lah masak. Ohh saya rebus daging waktu tu. Lupa nak cakap. After wisel bunyi, saya still lagi tarik button wisel tu utk keluarkan pressure dalam tu. Then lepas dah sette tarik button tu angin xklur lagi so dah xde pressure lah kan. Pastu saya bukak, bukak punya bukak. Cubaan utk bukak gagal. Dan saya paksa bukak. Paksa punya paksa. BOOMB!! Pressure Cooker tadi meletup.
Dan hasil letupan tadi jadi lah mcm ni. Saya mcm org kena simbah asid. Hanya tuhan je yang tahu keadaan saya masa tu.
Syukur Alhamdulillah kehadrat illahi, saya sempat dikejarkan ke Klinik berhampiran. Keadaan agak panik waktu tu, saya just sempat cuci muka je masa tu. Dan terus ke Klinik.
P/s: for those yang tak pernah guna pressure cooker atau yang nk beli pressure cooker pastikan ada tahu cara guna dan berhati2 ketika menggunakannya. Para perjuang senduk kuali di dapur. Hati2 lah ketika menjalankan tugas. Pakailah pakaian yang sesuai. Anda yang menjalankan tugas anda yang tahu mengendalikannya. Buat para2 SUAMI @ bakal suami di luar sana. Pesan lah pada kaum keluarga anda dan perhatikan anak2 anda dan jauhkan dari anak anda. Ingat kawan2, ini bukan kemalangan. Ini rezeki allah bagi.
Pesan Daily Makan untuk anda semua diluar sana, berhati-hatilah dalam melakukan apa-apa hal sekalipun. Beringat dan berhati-hatilah. Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara yang tidak diinginkan.