Ada tak dekat sini peminat kuih talam? Dan peminat jagung? Kalau lah anda peminat kedua-duanya, sesi perkongsian resepi kali ini memang untuk anda!
Untuk kali ini, kami ingin kongsikan resepi talam jagung manis berlemak. Kuih ini cantik dan menyelerakan bila buat betul-betul dengan sukatan yang tepat.
Jomlah cuba buat kuih talam jagung manis berlemak ini!
Talam Jagung Manis Berlemak, Dua Lapisan Rasa Buat Hati Berdetak!
Bahan-Bahan Lapisan Atas
- 1 cawan tepung beras
- 2 cawan santan
- 1/2 sudu teh garam
Bahan-Bahan Lapisan Bawah
- 1 cawan jagung manis dalam tin
- 1 cawan tepung beras
- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 cawan santan
- 1/2 cawan gula
- sedikit pewarna
Cara Penyediaan:
- Campur semua bahan lapisan bawah kecuali jagung.
- Kacau sebati dan masak sehingga mendidih dan sedikit likat.
- Kemudian, barulah masukkan jagung dan kacau ia dengan sebati.
- Masak atas dapur sehingga naik wap.
- Sebelum tuang adunan, cucuk sikit lapisan yang dah siap dikukus.
- Kukus 10 minit, siap kukus buka penutup dan biarkan berwap dalam 1-2 minit untuk dapatkan permukaan yang cantik dan molek.
Jadi, dah siap kita punya kuih talam jagung. Boleh jadikan ia sebagai santapan minum petang bersama keluarga, hidangan sempena meraikan mana-mana majlis, ataupun sebagai hadiah kepada yang tersayang.
Bagi hadiah air tangan kita ni memang rasa kasih sayang lebih sikit!
Kredit: Nieyna Alias
Baca juga: Ikan Rebus Air Asam Campur Bendi Masakan Lejen! Memang Rasa Berbeza Jika Makan Sekali!